Mohammad Shamil Mohd Shamshudin, and Nik Najwa Sofiah Nik Anuar, and Khadijah Alavi, (2019) Meneroka cabaran majikan dan masalah disiplin mantan penagih dadah : strategi menangani melalui peranan pekerja sosial. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-12. ISSN 2600-9501
|
PDF
442kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9
Abstract
Isu kekurangan tenaga kerja tempatan pelbagai sektor perladangan, buruh dan perkhidmatan memberi impak penyusutan keuntungan ekonomi negara. Salah satu cara menangani isu kekurangan tenaga kerja tempatan ialah memberi peluang pekerjaan kepada mantan penagih dadah yang dilatih dengan kemahiran di pusat pemulihan dadah dan penjara. Program pemulihan sedia ada kurang berkesan kerana mantan penagih dadah tersebut mempunyai masalah disiplin tegar dan kurang asas pendidikan agama. Tujuan utama kajian ini ialah meneroka cabaran majikan yang mengambil pekerja mantan penagih dadah dan mengkaji strategi peranan pekerja sosial sebagai agen perubahan dalam menangani masalah disiplin mantan penagih dadah. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan kajian kes berdasarkan kaedah persampelan bertujuan dan snow ball berdasarkan ciri populasi kajian. Pemilihan responden kajian terdiri daripada 3 responden mantan penagih dadah, 6 responden majikan masing-masing daripada berkategori kakitangan awam, kemahiran dan buruh. Kajian ini juga menemubual responden pekerja sosial yang terlibat langsung dalam membantu mantan penagih dadah tersebut. Responden telah ditemubual secara bersemuka dan semua data yang direkodkan telah ditranskrip untuk analisis data secara tematik. Hasil kajian ini membincangkan 3 bahagian iaitu pernyataan majikan mengenai cabaran yang dihadapi apabila mengambil pekerja bekas penagih dadah. Kajian ini mencadangkan peranan pekerja sosial sebagai agen perubahan perlu proaktif ‘jembatani’ antara pegawai pusat pemulihan, jabatan penjara dan majikan pengambil mantan penagih dadah perlu diberi latihan kemahiran kebolehkerjaan. Implikasi kajian mendapati pengintergrasian pelbagai pemengang taruh tersebut dapat meningkatkan keberkesanan program pemulihan dalam kalangan mantan penagih dadah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Cabaran; Majikan; Mantan penagih dadah dan masalah disiplin; Pekerja sosial |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 19248 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Aug 2022 04:00 |
Last Modified: | 08 Aug 2022 04:03 |
Repository Staff Only: item control page