Perbandingan penggunaan air antara bandar dan luar bandar

Muhammad Syukri Yosfadri, and Norazuan Md Hashim, (2019) Perbandingan penggunaan air antara bandar dan luar bandar. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
352kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Sumber air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai dan memerlukan kepada penjagaan yang teliti. Hal ini kerana setiap hidupan yang bernyawa di muka bumi ini pasti memerlukan air untuk meneruskan kelangsungan hidup. Maka kebergantungan manusia kepada sumber air ini adalah tinggi bagi tujuan domestik dan bukan domestik. Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan dan aktiviti harian manusia akan membentuk permintaan air yang berlainan. Selain itu, tingkah laku pengguna domestik kepada penggunaan air yang berbeza di sesuatu kawasan juga mempengaruhi kepada permintaan air bersih di sesuatu kawasan tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan penggunaan air domestik antara kawasan luar bandar dan bandar di semenanjung Malaysia. Kaedah kajian ini dijalankan adalah berdasarkan data primer dan sekunder. Data primer adalah diperoleh melalui soal selidik bagi 15 buah rumah di kawasan bandar dan 15 buah rumah di kawasan luar bandar yang dipilih secara rawak. Ulasan buku, artikel dan jurnal dirujuk dan di jadikan sebagai data sekunder. Hasil kajian mendapati penggunaan air bersih oleh pengguna air domestik berbeza mengikut kawasan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar penggunaan air seharian. Seterusnya, sikap pengguna yang tidak prihatin terhadap isu penjimatan air dan pengurusan adalah lemah dimana mereka tidak tahu jumlah air yang digunakan dalam tempoh sebulan.

Item Type:Article
Keywords:Perbandingan penggunaan air; Permintaan air; Luar bandar dan bandar; Domestik; Isu penjimatan air
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19249
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 04:05
Last Modified:08 Aug 2022 04:04

Repository Staff Only: item control page