Faktor remaja lari dari rumah dalam kalangan komuniti PPR Pantai Dalam dan Desa Rejang, Malaysia

Nor Khairiah Amir, and Siti Fardaniah Abdul Aziz, (2019) Faktor remaja lari dari rumah dalam kalangan komuniti PPR Pantai Dalam dan Desa Rejang, Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-8. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Lari dari rumah bukan satu tindakan yang pelik atau perkara baru yang berlaku kepada remaja di Malaysia. Ini disebabkan isu remaja lari dari rumah sering dikaitkan dengan remaja yang dahagakan kemewahan, kebebasan dan kurang sokongan daripada ibu bapa. Namun, fenomena lari dari rumah merupakan satu isu besar kerana remaja yang lari dari rumah selalunya berhadapan dengan masalah sosial seperti ditipu dan diperdagangkan, tiada tempat bergantung, dan tiada masa depan yang baik. Dengan ini, faktor-faktor remaja lari dari rumah perlu dikenal pasti bagi menyelesaikan punca masalah remaja lari dari rumah. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor remaja lari dari rumah. Kajian ini melibatkan seramai 63 orang remaja dalam kalangan komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam dan Desa Rejang. Hasil kajian mendapati pendapatan keluarga, hubungan kekeluargaan, dan pengaruh rakan sebaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat untuk lari dari rumah; manakala kecerdasan emosi dan didikan agama tidak berhubungan secara signifikan dengan niat untuk lari dari rumah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa remaja yang lari dari rumah bukanlah mereka yang tiada kecerdasan emosi atau kurang didikan agama. Sebaliknya, remaja yang lari dari rumah selalunya disebabkan insititusi kekeluargaan yang lemah seperti pendapatan keluarga yang rendah, tiada hubungan baik dengan keluarga, dan terpengaruh dengan rakan sebaya akibat hubungan kekeluargaan yang lemah. Oleh itu, institusi kekeluargaan perlu ditambah baik bagi membendung masalah remaja lari dari rumah.

Item Type:Article
Keywords:Remaja; Projek perumahan rakyat; Kecerdasan emosi; Didikan agama; Rakan sebaya
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19250
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 06:42
Last Modified:08 Aug 2022 04:04

Repository Staff Only: item control page