Meneroka literasi perancangan kewangan belia B40 berpandukan pendidikan psikososial

Noor Izyani Hassan Sabri, and Khadijah Alavi, (2019) Meneroka literasi perancangan kewangan belia B40 berpandukan pendidikan psikososial. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-8. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
245kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Literasi perancangan kewangan sangat penting dalam menguruskan kewangan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Perancangan kewangan yang berkesan membolehkan pengurusan kewangan dilakukan dengan baik. Kurangnya literasi perancangan kewangan menyebabkan berlakunya kegagalan menguruskan sumber kewangan yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan rumah tangga, masalah kesihatan seperti gangguan psikologi dan gangguan emosi. Kajian lepas mengenai literasi perancangan kewangan lebih mengfokuskan kepada kajian mengenai perancangan kewangan secara umum. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka literasi perancangan kewangan yang dibuat oleh belia B40 untuk melihat perbezaan cara pengurusan kewangan mengikut profil literasi perancangan kewangan yang berbeza. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan kajian kes terhadap 6 responden telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan dan snow ball berdasarkan ciri populasi kajian. Protokol kajian yang digunakan dalam kajian ini berbentuk garis panduan soalan separa berstrukur yang dibina berpandukan sorotan literatur dan kajian lepas. Responden telah ditemubual secara bersemuka dan semua data yang direkodkan telah ditranskrip untuk analisis data secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam proses melaksanakan perancangan pengurusan kewangan belia mengikut tahap literasi perancangan kewangan belia. Kajian ini juga mencadangkan pendekatan pendidikan psikososial dapat membantu meningkatkan tahap literasi kewangan terhadap golongan belia. Implikasi kajian ini ialah memperkenalkan modul literasi kewangan di dalam Rancangan Pembangunan Kesejahteraan Ekonomi Negara.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan; kewangan; belia; literasi dan perancangan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19251
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 06:47
Last Modified:03 Aug 2022 06:47

Repository Staff Only: item control page