Kelestarian penanaman kelapa sawit dalam kalangan pekebun kecil di Sri Aman, Malaysia

Wong, Mee Hua and Er, Ah Choy (2019) Kelestarian penanaman kelapa sawit dalam kalangan pekebun kecil di Sri Aman, Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
809kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Kajian ini meneliti indikator kelestarian penanaman kelapa sawit dalam kalangan pekebun kecil di Sri Aman, Sarawak dan peranan pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pihak bertanggungjawab yang lain dalam membantu pekebun kecil untuk memupuk amalan pertanian lestari. Pengkaji telah memilih pendekatan penyelidikan secara kuantitatif yang menggunakan pendekatan kaedah soal selidik. 50 orang responden yang terdiri daripada pekebun kecil sawit telah dipilih secara rawak sebagai subjek kajian. Borang soal selidik telah diggunakan untuk mendapat maklumat dan dipersembah secara deskriptif. Berdasarkan hasil kajian, bagi indikator kelestarian ekonomi, kebanyakan pekebun kecil sawit di kawasan kajian tidak mencapai kelestarian secara keseluruhan. Pendapatan yang diperolehi oleh pekebun kecil sawit tidak melepasi pendapatan miskin tegar yang telah ditentukan oleh kerajaan dengan menggunakan Pengukuran Garis Kemiskinan (PGK). Manakala kelestarian sosial pula, kajian mendapati bahawa keseluruhan pekebun kecil sawit telah mencapai tahap kelestarian yang amat memperangsangkan. Malangnya, pekebun kecil sawit di kawasan kajian tidak mencapai aspek kelestarian persekitaran. Pekebun kecil sawit di sini tidak semestinya menggunakan amalan pertanian yang baik dan kurang mementingkan penjagaan alam sekitar dalam proses penanaman kelapa sawit. Dari segi peranan MPOB dan pihak bertanggungjawab yang lain pula dilihat tidak begitu komited atau berusaha dalam menyalurkan maklumat serta bantuan kepada pekebun kecil sawit berhubung dengan pertanian lestari. Namun begitu, pekebun kecil sawit mempunyai inisiatif sendiri bagi memastikan aktiviti pertanian yang dilakukan tidak memberi kesan yang kronik kepada alam sekitar. Pendek kata, pihak-pihak bertanggungjawab semestinya mengambil strategi yang drastik agar mampu memastikan pembangunan kelestarian sawit dan sekali gus mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Item Type:Article
Keywords:Indikator; Kelestarian; Kelapa sawit; Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB); Pengukuran Garis Kemiskinan (PGK)
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19253
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 07:00
Last Modified:08 Aug 2022 04:11

Repository Staff Only: item control page