Sistem kerja ergonomik dan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri pembuatan di Klang, Selangor

Kao, Melissa Jia Wern and Mohd Nasir Selamat, (2019) Sistem kerja ergonomik dan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri pembuatan di Klang, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
301kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Di Malaysia, kajian telah menunjukkan bahawa pertumbuhan dan prestasi pekerja yang rendah berlaku disebabkan kejadian kemalangan, kesihatan dan stres di tempat kerja. Keadaan ini mempengaruhi prestasi organisasi, mengurangkan kualiti kerja, meningkatkan kos pampasan pekerja dan akhirnya mengganggu perkembangan organisasi dan pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor sistem kerja ergonomik terutamanya faktor persekitaran, faktor teknologi, faktor tugas dan faktor organisasi terhadap prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu stres pekerjaan, kemalangan pekerjaan, kesihatan pekerjaan di industri pembuatan. Seramai seratus lima orang responden daripada beberapa syarikat pembuatan di Klang, Selangor telah dianalisis melalui soal selidik yang diedarkan. Empat dimensi terlibat sebagai pembolehubah bebas untuk mengukur faktor sistem kerja ergonomik iaitu persekitaran, teknologi, tugas dan organisasi manakala prestasi keselamatan dan kesihatan sebagai pembolehubah bersandar diukur melalui stres pekerjaan, kemalangan pekerjaan dan kesihatan pekerjaan. Kajian mendapati sistem kerja ergonomik di organisasi telah mempengaruhi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang membawa kepada stres pekerjaan. Didapati juga faktor teknologi mempunyai pengaruh dengan aspek keselamatan pekerja. Hasil kajian menyatakan penekanan kepada faktor organisasi terutamanya latihan dan pembangunan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja semasa menjalankan kerja mereka. Dengan menguatkuasakan aspek-aspek sistem kerja ergonomik terutamanya faktor persekitaran, teknologi, tugas dan organisasi dapat membantu memastikan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan lebih terjamin.

Item Type:Article
Keywords:Sistem kerja ergonomik; Prestasi keselamatan; Kesihatan pekerjaan; Industri pembuatan; Tekanan kerja
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19255
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 07:21
Last Modified:08 Aug 2022 04:13

Repository Staff Only: item control page