Transformasi dalam Banglo No. 410 oleh Marzuki Ali

Nurul Aniza Hassan, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2019) Transformasi dalam Banglo No. 410 oleh Marzuki Ali. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
398kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Banglo No. 410 (2015) karya Marzuki Ali mengisahkan tentang riwayat hidup Syed Syeikh al-Hadi. Terdapat banyak persamaan antara drama Dekon Banglo No. 410 (2015) dengan teks biografi Syed Syeikh al-Hadi. Sehubungan itu, transformasi yang dilakukan oleh Marzuki Ali dalam drama Dekon Banglo No. 410 (2015) berdasarkan biografi Syed Sheikh al-Hadi menjadi fokus perbincangan artikel ini. Justeru biografi Syed Syeikh al-Hadi: Sasterawan Progresif Melayu (1992) menjadi bahan utama kajian ini untuk menemui jawapan. Objektif utama artikel ini adalah mengenalpasti aspek-aspek yang telah ditransformasi dalam drama Dekon Banglo No. 410 (2015). Data bagi artikel ini diperolehi daripada rekabentuk kajian kualitatif. Dapatan artikel ini adalah, terdapat pemindahan dari aspek plot, watak dan latar dalam hiperteks. Apa yang membezakan hiperteks daripada hipoteks adalah susun atur peristiwa. Selain itu, watak Syed Syeikh al-Hadi diangkat sebagai watak protagonis. Pemindahan watak tersebut dilakukan supaya pembaca dapat membayangkan tokoh yang dimaksudkan oleh pengarang. Malahan transformasi turut dilakukan terhadap watak sampingan. Seterusnya, transformasi latar juga dilakukan dalam drama Banglo No. 410 (2015) dari aspek latar tempat, masa dan masyarakat. Pengekalan aspek watak, latar dan penyusunan semula plot cerita dari hiperteks membuktikan bahawa pengarang telah melakukan transformasi dari teks biografi Syed Syeikh al-Hadi: Sasterawan Progresif Melayu (1992) dalam menghasilkan drama Dekon Banglo No. 410 (2015).

Item Type:Article
Keywords:Prinsip transformasi; Intertekstualiti; Kritikan drama; Marzuki Ali; Drama dekon
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19256
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 07:29
Last Modified:08 Aug 2022 04:14

Repository Staff Only: item control page