Frasa kerja dalam dialek Negeri Sembilan : analisis kerangka minimalis

Syafika Atika Othman, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, (2019) Frasa kerja dalam dialek Negeri Sembilan : analisis kerangka minimalis. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
357kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang struktur pembinaan kata kerja dalam dialek Negeri Sembilan (DNS). Kajian ini dijalankan di kawasan Felda Palong 4 yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan. Pengkaji memfokuskan pada penggunaan frasa kerja DNS dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan yang terbahagi kepada tiga jenis, iaitu frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif dan frasa kerja dwitransitif. Pengkaji menjalankan kajian lapangan dengan menemubual 10 orang informan yang merupakan penutur natif DNS. Responden ini dipilih secara rawak dan mereka diminta untuk menceritakan tentang latar belakang mereka, aktiviti harian, pengalaman dan aktiviti semasa hari perayaan. Kaedah temu bual ini melibatkan kaedah secara langsung dan tidak langsung. Struktur frasa kerja dianalisis secara deskriptif terlebih dahulu dengan menghuraikan ciri-ciri yang terdapat pada binaan kata kerja secara terperinci. Kerangka Minimalis yang diperkenalkan oleh Chomsky digunakan sebagai kaedah untuk menganalisis data kajian. Berdasarkan analisis kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa frasa kerja dalam DNS adalah berkala kini kerana ketiadaan unsur yang menunjukkan masa. Pengkaji juga mendapati bahawa kebanyakan frasa kerja transitif dalam DNS berbentuk tunggal dan terdapat juga yang berbentuk ayat pasif. Manakala frasa kerja tak transitif pula kebanyakannya mempunyai morfem. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa kerangka Minimalis dapat menghuraikan setiap frasa kerja secara sistematik.

Item Type:Article
Keywords:Frasa kerja transitif; Frasa kerja tak transitif; Frasa kerja dwitransitif; Dialek Negeri Sembilan; Kerangka minimalis
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19257
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 07:34
Last Modified:08 Aug 2022 04:15

Repository Staff Only: item control page