Pemaparan isu wanita dan bahasa kebangsaan dalam majalah Mastika, 1946-1980

Nurul Nadhirah Md Jais, and Rahilah Omar, (2019) Pemaparan isu wanita dan bahasa kebangsaan dalam majalah Mastika, 1946-1980. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
378kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan mengenai perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu dengan merujuk kepada tulisan-tulisan yang dimuatkan di dalam majalah Mastika pada tahun 1946-1980. Kebangkitan nasionalisme di seluruh Tanah Melayu mencapai kemuncaknya apabila orang Melayu menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris pada tahun 1946. Mereka menentangnya kerana menghalang tindakan pihak Inggeris untuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada semua pendatang. Peranan media cetak sebagai pemangkin gelombang nasionalisme tidak dapat disangkal lagi. Kertas kerja ini akan merungkai isu-isu nasionalisme yang berhubung dengan wanita dan Bahasa Kebangsaan dalam majalah Mastika yang merupakan salah sebuah majalah yang popular yang menjadi salah satu penggerak semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu pada waktu itu. Selain mengupas isu-isu yang berlegar dalam kalangan masyarakat Melayu, majalah ini amat mementingkan perkembangan dari pemikiran orang-orang Melayu sendiri untuk membebaskan bangsa dari penjajahan. Pada masa yang sama isu-isu yang berhubung dengan wanita serta Bahasa Kebangsaan menjadi pokok perbincangan. Kajian ini lebih menumpukan kepada kajian kepustakaan dengan mengadaptasi sumber-sumber primer seperti majalah dan suratkhabar yang diterbitkan pada masa itu di samping bahan-bahan sekunder seperti buku, artikel dalam jurnal, tesis dan lain-lain. Hasil kajian mendapati bahawa majalah Mastika banyak mengutarakan rencana-rencana yang berkaitan dengan sentimen orang Melayu berhubung masalah wanita Melayu dan Bahasa Kebangsaan. Wanita Melayu turut menjadi tonggak utama kepada pentadbiran di Tanah Melayu selain kaum lelaki dan isu Bahasa kebangsaan diperjuangkan sebagai bahasa utama untuk mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu yang baru mencapai kemerdekaan.

Item Type:Article
Keywords:Nasionalisme; Mastika; Wanita; Bahasa Kebangsaan; Penjajahan Inggeris
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19259
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 07:45
Last Modified:08 Aug 2022 04:24

Repository Staff Only: item control page