Novel Ibnu Ahmad Al-Kurauwi : manifestasi hubungan antara manusia dan khalifah di bumi Allah

Amir Zakiy Hamzah, and Che Abdullah Che Ya, (2019) Novel Ibnu Ahmad Al-Kurauwi : manifestasi hubungan antara manusia dan khalifah di bumi Allah. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
388kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Novel Insyirah dan Penenun Cinta merupakan karya Ibnu Ahmad Al-Kurauwi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2009 dan 2016. Kedua-dua novel mengangkat persoalan Islam dengan beberapa amalan murni yang dituntut dalam ajaran Islam. Kertas kerja ini meneliti peranan manusia sebagai khalifah di bumi Allah serta hubungannya sesama manusia dan hubungan dengan Allah. Penelitian dilakukan dengan menggunakan teori Takmilah yang dikemukakan oleh Shafie Abu Bakar. Tujuh prinsip teori Takmilah iaitu prinsip Ketuhanan yang bersifat Kamal, prinsip Kerasulan sebagai insan Kamil, prinsip Keislaman yang bersifat akmal, prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat takamul, prinsip sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat takmilah, prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri serta prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil diketengahkan dalam memastikan wujudnya kesempurnaan manifestasi hubungan antara manusia dan Allah Taala. Melalui penelitian Takmilah mendapati bahawa kedua-dua novel merupakan karya yang baik dan selari dengan tujuh prinsip teori seperti yang digariskan oleh Shafie Abu Bakar. Konsep Ketuhanan, Kerasulan, Keislaman, ilmu, sastera, pengarang dan pembaca saling melengkapi dalam membentuk satu kesatuan. Sesungguhnya, karya Ibnu Ahmad Al-Kurauwi merupakan manifestasi hubungan manusia dan khalifah di bumi Allah.

Item Type:Article
Keywords:Khalifah; Kamal; Akmal; Takmilah; Manifestasi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19261
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 07:54
Last Modified:08 Aug 2022 04:27

Repository Staff Only: item control page