Nur Aqilah Zahirah Norazmi, and Nur Hafizah Mukhtar, and Amatul Hamizah Ali, and Nurul Huda Abd Karim, and Siti Fairus Mohd Yusoff, and Hani Kartini Agustar, and Mohd Ridzuan Mohd Abd Razak, and Nurul Izzaty Hassan, (2022) Aktiviti antimalaria secara in vitro kompleks logam ligan makrosiklik tetraaza terhadap strain Plasmodium falciparum K1. Sains Malaysiana, 51 (4). pp. 1123-1130. ISSN 0126-6039
|
PDF
312kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil4_...
Abstract
Malaria masih lagi kekal menjadi salah satu penyakit endemik yang boleh membawa maut dan rawatan yang digunakan kini untuk merawat malaria adalah terapi gabungan artemisinin. Namun begitu, akses kepada rawatan ini adalah sangat terhad dan memberi kesan besar kepada negara miskin disebabkan kos terapi yang tinggi. Penilaian aktiviti antimalaria bagi kompleks organologam berasaskan ligan makroksiklik tetraaza masih kurang meluas dijalankan. Ligan makrosiklik tetraaza 5,5,7,12,12,14- heksametil-1,4,8,11- tetraazasiklotetradeka-7,14-dienium bromida, dikomplekskan dengan empat logam peralihan iaitu Cu(II), Pb(II) dan Ni(II) dan Cd(II). Aktiviti antimalarial secara in vitro ke atas strain parasit Plasmodium falciparum yang rintang terhadap klorokuina, K1 ditentukan dan dibandingkan dengan aktiviti antiplasmodial sebatian klorokuina dan artemisinin. Kompleks [Cd(L)(OAc)]Br- merencat pertumbuhan parasit dengan 50% kepekatan perencatan berkesan (EC50) dalam julat aktiviti antiplasmodium yang poten (EC50<1 μM) manakala Cu(L)(OAc)]Br- menunjukkan kesan aktiviti antiplasmodium sederhana (20< EC50<100 μM). Aktiviti kesitotoksikan terhadap sel mamalia Vero yang ditunjukkan oleh kompleks logam Cd(II) berada dalam julat sederhana toksik (10 μM <CC50< 100 μM), manakala, Cu(II), Pb(II) dan Ni(II) berada dalam julat tidak toksik (CC50>100 μM). Nilai indeks pemilihan yang tinggi turut ditunjukkan oleh kompleks Cd(II) iaitu 60.5 seterusnya menjadikan kompleks ini berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen antimalaria.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Antiplasmodium; In vitro; Kesitotoksikan; Makrosiklik tetraaza; Plasmodium falciparum K1 |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 19276 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Aug 2022 04:09 |
Last Modified: | 08 Aug 2022 06:38 |
Repository Staff Only: item control page