Hanxiao @ Indah, (2022) Pembandaran dan perubahan kriteria memilih pasangan orang Melayu di bandar : kajian kes di Kuala Lumpur. International Journal of the Malay World and Civilisation, 10 (2). pp. 15-26. ISSN 2289-1706
|
PDF
487kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-2/
Abstract
Kajian ini berfokus pada perubahan kriteria memilih pasangan orang Melayu bandar dan juga puncanya kepada perubahan tersebut. Untuk mencapai objektif kajian, kaedah kuantitatif dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 214 orang Melayu di Kuala Lumpur yang merangkumi 107 pasangan suami isteri. Di samping itu, kaedah kualitatif turut dilaksanakan dengan melakukan kajian kepustakaan selain menemu bual 14 pasangan suami isteri Melayu di Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembandaran amnya dan perubahan corak pekerjaan, peningkatan tahap pendidikan dan pendapatan khususnya telah menyebabkan berlakunya perubahan kriteria memilih pasangan dalam kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur. Perubahan yang paling drastik ialah kedudukan sosioekonomi keluarga pasangan tidak begitu dipentingkan lagi, sebaliknya kriteria-kriteria pasangan itu sendiri, seperti keperibadian, keimanan, keadaan sosioekonomi sendiri dan keadaan fizikal lebih diberikan keutamaan. Pada masa yang sama, unsur-unsur sosiobudaya dalam masyarakat Melayu yang merangkumi nilai norma, adat Melayu dan agama Islam didapati tetap berperanan besar dalam mempengaruhi kriteria memilih pasangan orang Melayu di Kuala Lumpur.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pembandaran; Orang Melayu bandar; Kriteria memilih pasangan; Perubahan; Unsur sosiobudaya |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 19289 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Aug 2022 01:11 |
Last Modified: | 11 Aug 2022 07:13 |
Repository Staff Only: item control page