Aktiviti riadah Kesultanan Melayu Kedah dalam Hikayat Merong Mahawangsa berdasarkan Teori Spektrum Kesenggangan Individu

Khairul Zainie Jasni, and Salmah Jan Noor Muhammad, (2022) Aktiviti riadah Kesultanan Melayu Kedah dalam Hikayat Merong Mahawangsa berdasarkan Teori Spektrum Kesenggangan Individu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 10 (2). pp. 27-32. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
262kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-2/

Abstract

Riadah merupakan aktiviti masa lapang yang membolehkan individu untuk memilih terlibat dengan aktiviti lasak mahupun yang bersifat santai. Dalam karya agung Melayu mencatatkan tentang aktiviti riadah golongan pemerintah. Namun demikian, kajian terhadap aspek ini sukar diperoleh kerana keterbatasan penulisan mengenainya. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan tentang topik ini dengan meneliti Hikayat Merong Mahawangsa sebagai bahan perbincangan. Objektif kajian adalah mengenal pasti dan menganalisis aktiviti riadah yang dijalankan oleh pemerintah Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Kaedah kepustakaan akan digunakan dalam penulisan ini dengan menerapkan Teori Spektrum Kesenggangan Individu yang diperkenalkan oleh Bammel, G dan Bammel L.L.B. Hasil kajian mendapati lima daripada tujuh prinsip adalah selari dan diperoleh menerusi naskhah kajian iaitu pemuliharaan diri, kecergasan fizikal, berehat, sosialisasi, dan refleksi. Kesimpulannya, aktiviti riadah yang dijalankan oleh raja-raja Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa mampu memberi satu dapatan baharu dalam kepustakaan Melayu dan seterusnya memberikan informasi terhadap pembaca mengenai bentuk aktiviti riadah yang diamalkan oleh raja-raja Melayu suatu ketika dahulu.

Item Type:Article
Keywords:Riadah; Hikayat Merong Mahawangsa; Kesultanan Melayu Kedah; Teori Spektrum Kesenggangan Individu; Melayu
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:19290
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2022 01:16
Last Modified:11 Aug 2022 07:17

Repository Staff Only: item control page