Pendekatan heutagogi : persepsi murid terhadap pentaksiran rakan sebaya

Noor Muslieah Mustafa Kamal, and Zaharah Hussin, and Abdul Muhsien Sulaiman, (2022) Pendekatan heutagogi : persepsi murid terhadap pentaksiran rakan sebaya. Al-Hikmah, 14 (1). pp. 3-20. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
181kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...

Abstract

Corak pendidikan negara kini mengalami evolusi dalam mendepani cabaran pendidikan abad ke-21. Oleh yang demikian, implementasi pedagogi terkini seperti pendekatan heutagogi diperlukan dalam usaha untuk membangunkan kemahiran dan kompetensi murid untuk pendidikan sepanjang hayat. Pendekatan heutagogi menggalakkan tindakan dan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah memberi peluang kepada murid untuk menentukan dan mengurus sendiri pentaksiran pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penglibatan murid dalam pentaksiran rakan sebaya terhadap akhlak Islamiah di sekolah menengah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan melibatkan 388 responden yang dipilih secara rawak berstrata daripada murid tingkatan 4 yang belajar di sekolah menengah kebangsaan di sepuluh pejabata pelajaran daerah (PPD) dalam negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan murid dalam pentaksiran akhlak Islamiah terhadap rakan sebaya berada pada tahap rendah. Secara keseluruhannya, kesemua konstruk akhlak dalam pentaksiran akhlak Islamiah berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara gred pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terhadap pentaksiran akhlak Islamiah. Oleh itu, kajian ini dapat membantu pihak guru dalam usaha mempertingkatkan lagi tahap pentaksiran akhlak Islamiah terhadap rakan sebaya di sekolah sebagai mekanisme untuk mengukur akhlak murid ke arah pembinaan akhlak yang terpuji. Sehubungan dengan itu, pentaksiran rakan sebaya adalah salah satu cara pentaksiran alternatif di sekolah yang boleh dilakukan untuk menilai kualiti dan pencapaian murid sebagai amalan dalam pendidikan. Kajian ini menjadi salah satu indikator terhadap keperluan pendekatan heutagogi dengan cara murid membuat pentaksiran terhadap orang lain dan sekaligus melatih diri untuk menjadi lebih baik.

Item Type:Article
Keywords:Akhlak; Heutagogi; Pentaksiran; Penilaian rakan sebaya; Pendidikan Islam
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:19293
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2022 01:57
Last Modified:11 Aug 2022 07:34

Repository Staff Only: item control page