Mohd Farid Japeri, and Abu Dardaa Mohamad, and Khazri Osman, (2022) Penagihan dadah dalam kalangan belia dan impaknya terhadap psikologi ibu bapa. Al-Hikmah, 14 (1). pp. 21-36. ISSN 1985-6822
|
PDF
168kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...
Abstract
Penyalahgunaan bahan dan penagihan dadah adalah salah satu fenomena buruk yang sudah berlarutan agak lama di seluruh dunia. Perkembangan mengenainya semakin membimbangkan apabila golongan belia dan pelajar juga tidak terlepas daripada terlibat sama. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan menunjukkan terdapat peningkatan kes penyalahgunaan bahan dalam kalangan belia. Penyalahgunaan bahan bukan sahaja merosakkan masa depan para belia, bahkan sekaligus memberi kesan yang buruk terhadap ibu bapa mereka. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan bagi menggali fenomena penyalahgunaan bahan dalam kalangan belianya serta kesannya terhadap psikologi ibu bapa. Hasil kajian menunjukkan ibu bapa yang terlibat dengan kes penagihan daripada kalangan anak-anak mereka terganggu emosi sehingga mengalami masalah kurang motivasi, malu dengan masyarakat, penyesalan, penafian dan menyalahkan diri sendiri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penyalahgunaan bahan; Dadah; Ketagihan; Remaja; Ibu bapa; Psikologi |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 19294 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Aug 2022 02:47 |
Last Modified: | 11 Aug 2022 07:36 |
Repository Staff Only: item control page