Aemy Elyani Mat Zain, and Jaffary Awang, (2022) Tinjauan awal terhadap penggunaan ilmu perbandingan agama dalam dakwah di Malaysia. Al-Hikmah, 14 (1). pp. 37-52. ISSN 1985-6822
|
PDF
230kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...
Abstract
Disiplin ilmu perbandingan agama adalah disiplin ilmu yang semakin berkembang di serata dunia. Umumnya, ilmu perbandingan agama lebih banyak diaplikasikan dalam bentuk akademik dan ilmiah seperti pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Namun, apabila menyebut penggunaan ilmu perbandingan agama dalam dakwah, sebahagian rakyat Malaysia masih keliru dan meragui akan relevannya ilmu perbandingan agama untuk dakwah. Maka, objektif kajian adalah untuk meneliti secara naratif penggunaan ilmu perbandingan agama dalam dakwah di Malaysia. Metodologi kajian adalah kualitatif yang bersifat naratif. Hasil kajian mendapati bahawa kehadiran tokoh pendakwah dalam ilmu perbandingan agama di Malaysia meningkatkan lagi kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan perbandingan dalam berdakwah. Implikasi kajian dapat dilihat daripada berlakunya perkembangan dalam penggunaan ilmu perbandingan agama dalam dakwah di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dakwah; Perbandingan agama; Perkembangan dakwah; Malaysia |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 19295 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Aug 2022 02:56 |
Last Modified: | 11 Aug 2022 07:38 |
Repository Staff Only: item control page