Mohd Muqrie Mohd Sopi, and Siti Jamiaah Abdul Jalil, (2022) Dakwah melalui pendekatan usrah terhadap pembangunan insan mahasiswa. Al-Hikmah, 14 (1). pp. 53-69. ISSN 1985-6822
|
PDF
315kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...
Abstract
Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Pembangunan insan mahasiswa menjadi tunggak kemajuan negara. Namun, di era siber ini, mahasiswa juga tidak terkecuali menghadapi cabaran dalam menghadapi pelbagai pengaruh luar yang memberi impak negatif kepada diri. Rentetan itu, program-program pembangunan insan perlu di bangun dan diperkukuhkan agar dapat melestarikan kualiti keperibadian mahasiswa. Usrah merupakan salah satu aktiviti dakwah kepada mahasiswa yang telah sekian lama bertapak di universiti. Usrah antaranya berperanan sebagai tempat menimba ilmu, membimbing, melatih dan membantu ahli membangunkan diri menjadi insan beriman, berilmu dan beramal. Oleh itu, kajian ini merupakan kajian kepustakaan dan data diperolehi melalui metode analisis dokumen dan analisis kandungan bahan-bahan berkaitan kajian seperti jurnal, buku, majalah, akhbar dan lain-lain. Dapatan menunjukkan pendekatan usrah membantu meningkatkan kesedaran dan penghayatan agama serta memberi kesan dari sudut pembangunan insan mahasiswa dalam menyeimbangkan tuntutan duniawi dan ukhrawi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dakwah; Usrah; Pembangunan insan; Mahasiswa; Universiti |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 19296 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Aug 2022 03:02 |
Last Modified: | 11 Aug 2022 07:42 |
Repository Staff Only: item control page