Pelaksanaan Tarbiyat al-Ruhiyah di Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)

Siti Nabilah Mohd Fadli, and Anuar Puteh, (2022) Pelaksanaan Tarbiyat al-Ruhiyah di Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Al-Hikmah, 14 (1). pp. 70-83. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
238kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...

Abstract

Dakwah dan tarbiyah haruslah berjalan seiringan kerana pendakwah sentiasa terdedah kepada dua tarikan Tarikan iman yang sentiasa mendorong melakukan amal soleh. Tarikan dorongan nafsu serta godaan syaitan menjadikan seseorang itu cinta kepada dunia dan membawa kepada kelalaian, kemalasan, panjang anganangan dan suka bertangguh. Tarbiyat al-ruhiyah merupakan salah kaedah dakwah yang penting bagi pembangunan aspek kerohanian. Oleh kerana itu, setiap pendakwah memerlukan bekalan tarbiyah al-ruhiyah untuk istiqamah dan teguh dalam melaksanakan tanggungjawab. Secara spesifiknya, kajian ini mengkaji pelaksanaan Tarbiyat al-ruhiyah dalam gerak kerja dakwah di bahagian dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT). Objektif kajian adalah untuk mengetahui konsep Tarbiyat al-ruhiyah menurut perspektif Islam dan untuk mengkaji pelaksanaan Tarbiyat al-ruhiyah di bahagian dakwah JHEAT. Kajian menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian perpustakaan serta temu bual separa berstruktur. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa pelaksanaan Tarbiyat al-ruhiyah terhadap pegawai-pegawai dan kakitangan JHEAT. Pelaksanaan Tarbiyat al-ruhiyah yang diterapkan di JHEAT adalah melalui pembentukan akhlak, pembentukan jati diri dan pembentukan kepimpinan. Hal ini dapat dikesan terutamanya melalui kursus-kursus dan seminar-seminar yang dianjurkan untuk pegawai-pegawai JHEAT bagi memantapkan lagi Tarbiyat alruhiyah dalam diri mereka. Antaranya, kursus pemantapan rohani, integriti, kepimpinan dan tafaqquh. Kajian seterusnya mendapati terdapat cabaran yang dihadapi pihak JHEAT di dalam melaksanakan Tarbiyat al-ruhiyah. Justeru, pengkaji mencadangkan agar penerapan kesedaran dalam kalangan mereka terus dipergiatkan.

Item Type:Article
Keywords:Tarbiyah; Dakwah; Akhlak; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam; Terengganu
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:19297
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2022 03:08
Last Modified:11 Aug 2022 07:43

Repository Staff Only: item control page