Pensijilan halal Malaysia, cabaran dan potensinya sebagai hab halal

Baharudin Othman, and Nurul Hudani Md. Nawi, (2022) Pensijilan halal Malaysia, cabaran dan potensinya sebagai hab halal. Jurnal Hadhari, 14 (1). pp. 1-15. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
432kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1528

Abstract

Malaysia telah meletakkan namanya di pesada antarabangsa melalui pengiktirafan yang diberikan dengan menduduki tempat pertama daripada 15 negara dalam status hab halal bagi tiga sektor penting iaitu makanan halal, kewangan dan pelancongan berlandaskan prinsip Islam berasaskan laporan State of The Global Islamic Economy 2015/2016. Malah eksport produk halal juga telah mencecah RM43 bilion berbanding jumlah pasaran produk halal dunia yang dianggarkan sebanyak AS6.4 trilion (kira-kira 26.67 trilion) pada tahun 2018. Oleh kerana peningkatan yang begitu ketara, maka penulisan ini bertujuan untuk memahami sejauh mana pelaksanaan pensijilan halal di Malaysia, cabaran dan potensinya sebagai hab halal. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif melalui kajian keperpustakaan dengan merujuk kepada tesis, jurnal, akhbar dan juga buku-buku ilmiah yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian. Berdasarkan analisis yang dijalankan penulis mendapati dua isu utama yang dapat dirumuskan iaitu (1) sistem MYeHalal dan (2) potensi serta keupayaan Malaysia sebagai hab halal telah diulas dalam penulisan kertas konsep ini.

Item Type:Article
Keywords:Pensijilan halal; Potensi; Hab halal
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:19298
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2022 03:23
Last Modified:11 Aug 2022 08:06

Repository Staff Only: item control page