Rawatan penagihan dadah melalui model terapi psikospiritual holistik : kajian kes di Madrasah Anharul- U-Loom, Thailand

Maisarah Saidin, and Abdollah Salaeh, and Adnan Mohamed Yusoff, (2022) Rawatan penagihan dadah melalui model terapi psikospiritual holistik : kajian kes di Madrasah Anharul- U-Loom, Thailand. Jurnal Hadhari, 14 (1). pp. 17-29. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
327kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1528

Abstract

Penubuhan Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berperanan sebagai Pusat Pemulihan yang menyediakan rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah. Namun begitu, rawatan dan pemulihan di pusat tersebut terhad kepada suatu tempoh sahaja iaitu tidak melebihi 24 bulan (2 tahun). Di samping itu, modul yang digunakan oleh sebahagian pusat pemulihan tidak mampu merawat penagih untuk pulih dari ketagihan dadah dalam jangka masa yang panjang. Oleh kerana itu, terdapat ramai dari kalangan penagih dadah yang pernah menjalani rawatan kembali semula ke tabiat asal mereka sebaik keluar dari pusat pemulihan. Justeru itu, satu pendekatan baharu yang lebih holistik perlu diwujudkan bagi membantu para penagih pulih sepenuhnya dari ketagihan dadah. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan meninjau potensi kaedah rawatan psikospiritual yang dijalankan di beberapa pusat rawatan yang berjaya dan menganalisis keberkesanannya seterusnya membangunkan model rawatan baharu yang lebih efektif. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini akan menggunakan pendekatan observasi deskriptif, temubual dan kajian teks. Seterusnya, data-data tersebut dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa penerapan unsur kerohanian berasaskan akidah yang diterapkan di pusat pemulihan penagihan dadah terpilih membantu penagih untuk pulih sepenuhnya dan tidak kembali kepada penagihan semula dalam jangka masa yang panjang.

Item Type:Article
Keywords:Terapi psikospiritual; Quran dan sunnah; Pemulihan penagihan dadah; Akidah
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:19299
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2022 03:30
Last Modified:11 Aug 2022 08:07

Repository Staff Only: item control page