Anis Farhah Zahari, and Zalina Zakaria, and Atiqah Aziz, (2022) Tuntutan berlebihan dalam pengiklanan produk kosmetik serta panduannya menurut al-Quran dan al-Sunnah. Jurnal Hadhari, 14 (1). pp. 31-52. ISSN 1985-6830
|
PDF
502kB |
Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1528
Abstract
Perkembangan industri kosmetik dan kecantikan di Malaysia mencetus persaingan yang hebat dalam kalangan pengusaha, pengasas mahupun agen-agen jualan persaingan untuk memasarkan produk masing-masing. Pelbagai teknik promosi dan pemasaran telah digunakan untuk meningkatkan rating jualan, antaranya dengan kaedah tuntutan produk menerusi medium pengiklanan. Namun demikian, tuntutan produk kosmetik di dalam iklan-iklan dilihat terlalu berlebihan dan kesan penggunaannya juga tidak sebagaimana yang digambarkan sehingga telah menimbulkan kekeliruan dan implikasi negatif terhadap pengguna. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti prinsip-prinsip dan etika pengiklanan yang digariskan menurut Islam. Hasil kajian mendapati sesuatu tuntutan produk yang dibuat bagi menonjolkan fungsi dan manfaat produk kosmetik perlulah disertakan dengan bukti yang kukuh dan selari dengan Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Produk kosmetik; Tuntutan berlebihan; Pengiklanan; Kawalan; Perundangan |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 19300 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Aug 2022 03:36 |
Last Modified: | 11 Aug 2022 08:09 |
Repository Staff Only: item control page