Kajian kuantitatif mengenai prestasi akademik huffaz dan pencapaian hafazan mereka

Nurul Anasuhah Zakaria, and Tahir Ahmad, and Siti Rahmah Awang, and Ajmain Safar, (2022) Kajian kuantitatif mengenai prestasi akademik huffaz dan pencapaian hafazan mereka. Jurnal Hadhari, 14 (1). pp. 53-80. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
837kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1528

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur kecerdasan dominan huffaz berdasarkan teori kecerdasan pelbagai atau Multiple Intelligence (MI) bagi meningkatkan prestasi akademik dan prestasi hafazan al-Quran huffaz dengan menggunakan kaedah analisis regresi logistik. Di samping itu, kajian ini turut mengkaji hubungan antara prestasi hafazan al-Quran dan prestasi akademik huffaz. Kajian melibatkan 130 orang pelajar beraliran tahfiz, 79 orang pelajar lelaki (60.8 peratus) dan 51 orang pelajar perempuan (39.2 peratus) dari empat buah sekolah tahfiz. Model logistik binomial telah digunakan bagi meramalkan faktor yang mempengaruhi prestasi akademik dan hafazan huffaz. Dapatan kajian menunjukkan kejayaan huffaz dalam prestasi hafazan al-Quran adalah merupakan pemacu utama yang mendorong kecemerlangan prestasi akademik. Selainitu, kajian mendapati huffaz yang mempunyai kecerdasan linguistik dan kecerdasan rohani yang tinggi lebih berpotensi untuk mendapatkan prestasi hafazan yang cemerlang. Hasil penelitian juga mendapati kecerdasan visual merupakan kecerdasan dominan dalam kalangan huffaz manakala rangsangan terhadap kecerdasan visual sewaktu pengajaran dan pembelajaran meningkatkan peluang mendapatkan keputusan akademik yang cemerlang.

Item Type:Article
Keywords:Prestasi akademik huffaz; Prestasi hafazan; Teori kecerdasan pelbagai; Analisis regresi logistik
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:19301
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2022 03:43
Last Modified:11 Aug 2022 08:25

Repository Staff Only: item control page