Kebimbangan bahasa dan hubungannya dengan pencapaian dalam bahasa Arab

Afandi Yusoff, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Harun Baharuddin, (2019) Kebimbangan bahasa dan hubungannya dengan pencapaian dalam bahasa Arab. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (2). pp. 1-9. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
663kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1203

Abstract

Kebimbangan bahasa sering dialami oleh pelajar semasa mempelajari bahasa asing sehingga boleh menjejaskan pembelajaran bahasa tersebut. Oleh kerana pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia dikategorikan sebagai bahasa asing, maka kebimbangan bahasa ini turut dirasai oleh para pelajar Bahasa Arab di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebimbangan bahasa yang dialami oleh pelajar di sekolah dan hubungannya dengan pencapaian Bahasa Arab. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada Foreign Language Classroom Anxiety Scale bagi menentukan tahap kebimbangan bahasa pelajar. Responden kajian terdiri daripada 420 orang pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data dan memperoleh dapatan kajian. Keputusan menunjukkan bahawa tahap kebimbangan bahasa pelajar berada di tahap sederhana. Manakala terdapat hubungan negative yang signifikan antara kebimbangan bahasa dengan pencapaian bahasa Arab (r = -0.439; p = 0.00). Daripada dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan antara tahap kebimbangan bahasa dengan pencapaian dalam bahasa. Implikasi kajian ini ialah beberapa strategi dalam pedagogi perlu dilaksanakan bagi meminimumkan tahap kebimbangan bahasa dan meningkatkan pencapaian bahasa Arab pelajar dalam masa yang sama.

Item Type:Article
Keywords:Kebimbangan bahasa; Pencapaian pelajar; Bahasa asing; Pembelajaran bahasa Arab; Pelajar sekolah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19307
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2022 06:36
Last Modified:11 Aug 2022 08:52

Repository Staff Only: item control page