Persepsi peranan murid terhadap pembelajaran berasaskan dokumen dalam mata pelajaran Sejarah

M.Kaviza, (2019) Persepsi peranan murid terhadap pembelajaran berasaskan dokumen dalam mata pelajaran Sejarah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (2). pp. 10-19. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1203

Abstract

Oleh kerana mata pelajaran sejarah melibatkan keperluan untuk meneroka sesuatu peristiwa sejarah, maka pelaksanaan pembelajaran berasaskan dokumen telah membolehkan murid-murid dapat berperanan sebagai seorang sejarawan dalam membuat penyiasatan sejarah yang mendalam. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap peranan mereka dalam pembelajaran berasaskan dokumen mata pelajaran sejarah berdasarkan tahap pencapaian. Seramai 67 orang murid Tingkatan Empat telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini melalui teknik persampelan berkelompok. Soal selidik yang diadaptasi yang telah disahkan oleh pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik telah dijadikan instrumen kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi, iaitu ujian-t sampel tidak bersandar. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min persepsi peranan murid berpencapaian tinggi adalah lebih tinggi berbanding murid berpencapaian rendah terhadap pembelajaran berasaskan dokumen. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min persepsi 1) keseronokan berperanan sebagai seorang sejarawan, 2) keyakinan berperanan sebagai seorang sejarawan, 3) kebolehan meneroka suatu peristiwa sejarah dan 4) kebolehan menggunakan sumber-sumber sejarah berdasarkan tahap pencapaian murid. Perbezaan yang signifikan adalah hanya bagi skor min persepsi kemampuan berperanan sebagai seorang sejarawan. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa pendekatan pembelajaran berasaskan dokumen dalam mata pelajaran sejarah adalah berpotensi sebagai kaedah pengajaran yang inovatif sesuai buat semua murid pelbagai tahap pencapaian.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran berasaskan dokumen; Murid berbeza tahap pencapaian; Persepsi peranan
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19308
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2022 06:42
Last Modified:11 Aug 2022 08:53

Repository Staff Only: item control page