Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kraf kerja

Hashimah Yusoff, and Mohd Isa Hamzah, and Shahlan Surat, (2019) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kraf kerja. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (2). pp. 61-71. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1203

Abstract

Selari dengan tuntutan pemupukan kreativiti dalam pendidikan, Kraf Kerja dilihat sebagai penyelesaian yang wajar dikaji dalam konteks pedagogi bagi membantu guru-guru melakukan perubahan dalam penyampaian pengajaran mereka kepada pengajaran yang memupuk kreativiti. Kajian tinjauan ini menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Kraf Kerja berdasarkan model pengukuran Rasch. Instrumen telah ditadbirkan kepada 110 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Data dianalisis menggunakan perisian WINSTEPS. Kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen diuji dan disahkan melalui persetujuan empat orang pakar. Kebolehpercayaan instrumen diuji menggunakan empat analisis pemeriksaan kefungsian item. Didapati kesemua item dalam instrumen ini telah melepasi tiga aspek pemeriksaan, iaitu: 1) kebolehpercayaan dan pengasingan item, 2) kekutuban item melalui nilai Korelasi Ukuran Titik Pusat (PTMEA CORR), dan 3) item bersandar berdasarkan korelasi residual terpiawai. Namun, bagi analisis keempat iaitu 4) kesesuaian item mengukur konstruk, terdapat dua item yang tidak melepasi nilai penerimaan dan telah digugurkan, menjadikan instrumen Kraf Kerja ini mempunyai 18 item sahaja yang boleh diterima. Selain menjamin kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, implikasi kajian ini juga menyumbangkan instrumen Kraf Kerja yang sesuai digunakan dalam konteks pendidikan di Malaysia untuk mewujudkan pengajaran yang memupuk kreativiti.

Item Type:Article
Keywords:Model pengukuran Rasch; Kraf kerja; Kesahan; Kebolehpercayaan; Kekutuban item
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19313
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Aug 2022 07:30
Last Modified:11 Aug 2022 09:02

Repository Staff Only: item control page