Analisis perbandingan fenomena gempa bumi daripada perspektif Islam dan Kristian

Fiqriyah Mohd Kunarto, and Suraya Sintang, and Baba Musta, (2022) Analisis perbandingan fenomena gempa bumi daripada perspektif Islam dan Kristian. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 (1). pp. 13-25. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
536kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1522

Abstract

Kejadian gempa bumi sering dilihat sebagai sesuatu kejadian yang negatif kerana kejadian ini mengancam kesejahteraan manusia dan hidupan lain di muka bumi ini. Walaupun fenomena ini telah lama dijelaskan secara saintifik, namun, masyarakat masih lagi mengaitkan peranan Tuhan dengan kejadian ini. Kajian gempa bumi memerlukan perbincangan daripada dua sudut, iaitu dari sudut fizikal iaitu kaedah saintifik dan sudut metafizik, iaitu perspektif agama agar fenomena ini dapat dilihat dengan secara lebih holisik. Kajian gempa bumi daripada perspektif geologi merangkumi aspek punca kejadian, kawasan yang dilanda gempa bumi dan kesan kejadian gempa bumi. Manakala, agama melihat kejadian ini daripada perspektif kekuasaan Tuhan (supreme being) yang menentukan segala-galanya. Kajian ini bertujuan mengetengahkan analisis perbandingan gempa bumi daripada perspektif Islam dan Kristian. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif berdasarkan analisis kandungan teks yang diolah secara perbandingan dengan merujuk al-Quran, tafsir al-Quran, Alkitab (Bible), tafsiran Alkitab (biblical exegesis), serta menganalisis sumber-sumber sekunder berkaitan gempa bumi dalam agama Islam, Kristian dan geologi. Sungguhpun fenomena gempa bumi telah banyak dibincangkan dalam kedua-dua agama, namun kajian secara perbandingan dengan penelitian yang lebih mendalam dalam pelbagai aspek masih kurang diberi perhatian oleh para penyelidik. Oleh itu, analisis perbandingan antara Islam dan Kristian dalam penulisan ini menjelaskan persamaan dan perbezaan mengenai gempa bumi dalam tujuh aspek, iaitu kejadian gempa bumi di dalam kitab suci, pandangan agama, peristiwa gempa bumi dalam sejarah, gempa bumi masa kini, gempa bumi masa hadapan, daya tindak agama serta maklumat geologi mengenai gempa bumi dalam kitab suci.

Item Type:Article
Keywords:Gempa bumi; Islam; Kristian; Geologi; Bencana alam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:19318
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Aug 2022 00:30
Last Modified:15 Aug 2022 03:13

Repository Staff Only: item control page