Analisis terhadap faktor-faktor pengaplikasian konsep talfiq menurut ulama mu’asirin

Mohd Hafiz Jamaludin, and Norhidayah Pauzi, and Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar, (2022) Analisis terhadap faktor-faktor pengaplikasian konsep talfiq menurut ulama mu’asirin. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 (1). pp. 27-40. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
473kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1522

Abstract

Talfiq secara amnya merujuk kepada menghimpunkan beberapa pandangan sehingga terhasilnya satu pandangan yang tidak diakui oleh mana-mana mujtahid. Sebahagian besar fuqaha muta’akhirin menolak keras pengaplikasian konsep talfiq dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan hukum berikutan kesan-kesan negatif yang terhasil daripada konsep tersebut. Namun realiti semasa sebaliknya, keperluan kepada konsep talfiq merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan dalam pelbagai keadaan. Oleh yang demikian kajian bertujuan mengkaji faktor-faktor pengaplikasian konsep talfiq disisi ulama mu’asirin berasaskan realiti semasa. Kajian ini bersifat kualitatif data-data dikumpul melalui metode kepustakaan dan temubual. Seterusnya dianalisis melalui metode tematik. Kajian mendapati faktor-faktor yang mendorong kepada penggunaan konsep talfiq dalam pengaplikasian semasa adalah berasas namun pengaplikasiannya mestilah berpandukan dawabit hukum yang betul dalam memastikan ia tidak disalah guna sehingga terjerumus kepada tatabbu’ rukhas di dalam hukum.

Item Type:Article
Keywords:Talfiq; Taqlid; Ulama; Usul fiqh; Hukum
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:19319
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Aug 2022 00:44
Last Modified:15 Aug 2022 03:14

Repository Staff Only: item control page