Penentuan fasa tanaffas dan isfar fajar sidik

Kassim Bahali, and Nazri Muslim, (2022) Penentuan fasa tanaffas dan isfar fajar sidik. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 (1). pp. 157-170. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
869kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1522

Abstract

Kecerahan atau luminan fajar sidik berubah dari mula muncul sehingga terbit matahari. Semasa fajar mula terbit, keamatan kecerahan fajar adalah sangat rendah. Keamatan kecerahan fajar bertambah secara beransur-ansur sehingga cerah. Keamatan kecerahan fajar bertambah secara berfasa atau berperingkat. Fasa fajar atau subuh di dalam Al-Quran disebut sebagai tanaffas dan isfar dalam surah At-Takwir ayat 18 dan Al-Mudatsir ayat 34 masing-masing. Ayat ini menunjukkan ada dua peringkat atau fasa kecerahan waktu subuh iaitu tanaffas dan isfar. Dua peringkat kecerahan yang berbeza ini menggambarkan ada dua fasa fajar sidik. Kajian ini bertujuan untuk menentukan waktu berlaku dan sudut tunduk Matahari untuk fasa tanaffas dan isfar serta kecerahan kedua-dua fasa tersebut. Kajian dijalankan dengan kaedah cerapan di lapangan melibat beberapa lokasi di Malaysia dan Indonesia. Perkakasan yang digunakan ialah tetingkap benang dan fotometer SQM-LU. Dapatan kajian mendapati tetingkap benang boleh menjadi alat bagi menentukan fasa fajar. Dapatan juga menunjukkan fasa tanaffas apabila benang putih mula kelihatan dan fasa isfar apabila benang hitam mula kelihatan. Fasa tanaffas berlaku pada sudut tunduk matahari -16° hingga -14° dan fasa isfar pada sudut -14° hingga terbit Matahari. Purata kecerahan fasa tanaffas ialah 19.44 mag arcsec-2 dan purata kecerahan fasa isfar ialah 17.55 mag arcsec-2. Implikasi kajian ini dapat memberi penjelasan tentang perkataan tanaffas dan isfar dalam Al-Quran; dan memberi bukti yang menyokong kebenaran al-Quran dari perspektif sains.

Item Type:Article
Keywords:Fajar; Fajar sidik; Fasa; Kecerahan; Tanaffas; Isfar; Tetingkap benang
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:19331
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Aug 2022 03:00
Last Modified:15 Aug 2022 03:30

Repository Staff Only: item control page