Penghijrahan awal masyarakat Muslim Bosnia-Herzegovina

Azlizan Mat Enh, and Ku, Boon Dar and Al Amril Othman, (2022) Penghijrahan awal masyarakat Muslim Bosnia-Herzegovina. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 (1). pp. 171-182. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
296kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1522

Abstract

Campurtangan kuasa-kuasa besar Eropah dalam konflik Bosnia-Herzegovina 1875-1878 telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniah menandatangani Perjanjian Berlin 1878. Salah satu syarat Perjanjian Berlin adalah meletakkan pentadbiran Bosnia-Herzegovina di bawah mandat pemerintahan kerajaan Austria-Hungary. Bermula dari titik ini, memperlihatkan berlakunya proses migrasi di Bosnia-Herzegovina dalam kalangan penduduknya terutama orang Muslim. Artikel ini bertujuan mengupas isu-isu yang menyebabkan penghijrahan orang Muslim dari Bosnia-Herzegovina ke wilayah-wilayah lain dalam empayar Turki Uthmaniah sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Analisis data primer digunakan ke atas rekod-rekod British daripada kedutaannya di Bosnia-Herzegovina. Hasil kajian mendapati isu agama merupakan faktor utama dalam proses migrasi yang berlaku di Bosnia-Herzegovina. Proses migrasi semakin meningkat selepas Bosnia-Herzegovina diumumkan secara rasmi di bawah pentadbiran Austria-Hungary pada 1908.

Item Type:Article
Keywords:Muslim; Bosnia-Herzegovina; Migrasi; Austria-Hungary; Turki Uthmaniah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:19332
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Aug 2022 03:12
Last Modified:15 Aug 2022 03:31

Repository Staff Only: item control page