Persepsi pelajar terhadap kebolehpasaran graduan dalam era Revolusi Perindustrian 4.0

Lai, Wei Sieng and Noradilah Aziz, (2019) Persepsi pelajar terhadap kebolehpasaran graduan dalam era Revolusi Perindustrian 4.0. Jurnal Personalia Pelajar, 22 (2). pp. 121-127. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
812kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Artikel ini bertujuan membincangkan persepsi pelajar terhadap kebolehpasaran graduan dalam mendepani Revolusi Perindustrian 4.0. Kajian ini melihat sejauh mana pemahaman, penggunaan dan penguasaan kemahiran pelajar dalam teknologi untuk terus kekal kompeten dan berdaya saing pada masa hadapan. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Responden dipilih secara persampelan rawak mudah yang melibatkan sepenuhnya analisis kuantitatif dan diuji dengan perisian Statistical Package for Social Science versi 22. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar sedar dan memahami pengetahuan am, penggunaan teknologi serta jenis kemahiran yang diperlukan dalam era IR 4.0. Selain itu, ujian perbezaan persepsi mahasiswa terhadap kemahiran yang diperlukan dalam mendepani IR 4.0 antara pelajar dari Program Pentadbiran Perniagaan, Keusahawanan Inovasi dan Ekonomi berasaskan kepada ujian Kruskal Wallis adalah tidak signifikan. Ini membuktikan bahawa tiada perbezaan perspesi di antara pelajar merentasi kursus pengajian. Pelajar secara khasnya perlu beradaptasi demi kelangsungan dan agar kekal kompeten dan bersedia menempuhi arus revolusi ini dengan penuh persediaan.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi pelajar; Revolusi Perindustrian 4.0; Pengetahuan am; Kebolehpasaran pelajar
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:19342
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Aug 2022 07:08
Last Modified:15 Aug 2022 03:48

Repository Staff Only: item control page