Tahap pengetahuan dan impak kegiatan politik kampus kepada kehidupan mahasiswa era Malaysia baharu

Norshamliza Chamhuri, and Tuan Muhamad Shafiq Che Wan Ngah, and Mohd Akmal Fauzan Mohd Kamil, and Nur Farah Syahiera Jaharudin, and Naszrul Nizam Muhamad Radhi, (2019) Tahap pengetahuan dan impak kegiatan politik kampus kepada kehidupan mahasiswa era Malaysia baharu. Jurnal Personalia Pelajar, 22 (2). pp. 129-136. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
815kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Mahasiswa dan politik tidak dapat dipisahkan. Semangat nasionalisme yang tinggi di kalangan mahasiswa sekitar tahun 1960an dan 1970an mendorong mereka untuk bergiat aktif dalam politik. Tambahan pula pada waktu itu, tiada undang-undang yang khusus, yang menghalang kegiatan politik dikalangan mahasiswa. Tetapi keadaan sangat berbeza pada masa kini. Keterlibatan mahasiswa pengajian tinggi dalam politik adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Pelbagai kajian literatur telah membahaskan bahawa mahasiswa dilihat telah terkesan dengan kewujudan AUKU 1971 ini, dimana ruang mahasiswa bersuara dan terlibat dengan politik menjadi terbatas. Dikhuatiri mahasiswa tidak cakna dan cetek tentang ilmu politik. Politik kampus dilihat sebagai medan terbaik untuk melahirkan golongan intelek muda yang matang dan berwawasan. Maka dengan ini, satu kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan dan penyertaan mahasiswa terhadap politik. Di samping itu juga, kajian ingin melihat impak politik kampus terhadap kehidupan mereka. Kajian ini menggunakan dua kaedah penyelidikan iaitu pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Sampel kajian melibatkan 100 orang responden dari pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian kualitatif pula melibatkan temubual dengan tiga orang pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan mahasiswa terhadap politik kampus adalah sederhana tinggi. Ternyata keterlibatan mahasiswa dalam politik kampus mendatangkan lebih kebaikan dari keburukan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pentadbiran universiti memperkasakan peranan mahasiswa dalam arena politik supaya bakat mereka digilap menjadi pemimpin yang berkarisma suatu hari nanti.

Item Type:Article
Keywords:Mahasiswa; Politik kampus; AUKU 1971
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:19343
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Aug 2022 07:14
Last Modified:15 Aug 2022 03:49

Repository Staff Only: item control page