Pengabaian kanak-kanak dan jaminannya menurut syarak dan undang-undang di Malaysia

Nurul Izzah Izzati Hashim, and Wafaa Yusof, and Zuliza Mohd Kusrin, (2019) Pengabaian kanak-kanak dan jaminannya menurut syarak dan undang-undang di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 4 (1). pp. 18-28. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
633kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2019-4-1/

Abstract

Kadar kes pengabaian kanak-kanak yang berlaku di Malaysia semakin hari semakin membimbangkan. Berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 1769 kes pengabaian kanak-kanak telah berlaku pada tahun 2013, 2035 kes pada tahun 2014, 2236 kes pada tahun 2015, 2547 kes pada tahun 2016, 2410 kes pada tahun 2017 dan 1318 kes sehingga Jun 2018. Trend ini menunjukkan seolah-olah tiada langkah penyelesaian yang efektif dan jelas diambil. Memang tidak dinafikan bahawa undang-undang merupakan salah satu mekanisme yang digunakan untuk menangani isu ini, namun, sejauh manakah keberkesanannya perlu kepada perbincangan lanjut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis jaminan undang-undang yang melindungi kanak-kanak daripada diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga menurut syarak dan undang-undang di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa pengabaian kanak-kanak merupakan satu perlanggaran terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepada ibu bapa atau penjaga dalam melindungi kanak-kanak. Antara jaminan menurut hukum syarak terhadap hak kanak-kanak daripada diabaikan seperti hadanah, penyusuan, nafkah, harta pusaka, perwalian dan nasab. Sementara di bawah perundangan sivil pula, terdapat empat jaminan yang diberikan penekanan dalam melindungi kanak-kanak, iaitu hak untuk hidup, hak untuk mendapat perlindungan, hak perkembangan dan hak penyertaan. Kedua-dua perundangan ini juga mempunyai objektif yang sama dalam memberikan perlindungan, pemeliharaan, perkembangan dan penyertaan. Kajian ini diharapkan mampu memberikan penjelasan tentang jaminan perlindungan terhadap kanak-kanak yang diabaikan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Pengabaian kanak-kanak; Perlindungan perundangan; Kanak-kanak di Malaysia; Hak kanak-kanak; Perlindungan kanak-kanak
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19389
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2022 03:54
Last Modified:17 Aug 2022 04:05

Repository Staff Only: item control page