Interaksi mualaf India dengan keluarga bukan Islam berkaitan upacara pengebumian jenazah

Mohd Faqih Baharudin, and Zuliza Mohd Kusrin, (2019) Interaksi mualaf India dengan keluarga bukan Islam berkaitan upacara pengebumian jenazah. Journal of Contemporary Islamic Law, 4 (2). pp. 1-10. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
433kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2019-42/

Abstract

Setiap bangsa di dunia ini memiliki sistem budaya yang tersendiri, termasuklah amalan upacara kematian yang diamalkan. Budaya kematian setiap kaum adalah berbeza-beza untuk dipersembahkan kerana masing-masing berpegang kepada asas kepercayaan agama tersendiri. Islam melarang serta memberi amaran tegas supaya tidak melakukan perbuatan yang menyerupai agama lain dan bertentangan dengan syarak. Namun begitu larangan Islam tidak secara total, bahkan masih terdapat ruang-ruang yang dibenarkan untuk mualaf mengadakan perhubungan yang baik dengan ahli keluarga bukan Islam tetapi mestilah tidak melakukan perkara yang boleh merosakan akidah umat Islam. Mualaf yang memiliki ahli keluarga bukan Islam sudah tentu berhadapan dengan keadaan yang berbeza sekiranya berlaku kematian kerana sebahagian mereka terikat dengan syariat Islam. Justeru, kajian ini adalah untuk melihat bagaimanakah interaksi mualaf dengan ahli keluarga bukan Islam sewaktu upacara pengkebumian jenazah. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan dan temu bual separa struktur bersama 13 orang mualaf berbangsa India yang mengikuti pengajian di Kompleks Darul Hidayah (KDH), Sentul. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan tematik. Hasil kajian ini mendapati sebahagian mualaf sudah tidak terlibat dengan upacara-upacara keagamaan yang dilarang oleh Islam tetapi masih menghadirkan diri ke majlis pengebumian. Disamping itu, kajian juga mendapati ketika berlaku kematian masih terdapat mualaf yang melakukan upacara-upacara kematian. Begitu juga masih terdapat mualaf yang mendoakan keampunan buat ahli keluarga bukan Islam yang telah meninggal dunia. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan ketika mualaf menziarahi kematian hubungan yang harmoni akan terjalin sekiranya pihak keluarga memahami perbezaan agama. Manakala hubungan tegang akan terbentuk sekiranya pihak keluarga tidak memahami keterikatan mualaf sehinggakan keluarga bertindak memaksa mualaf melakukan upacara yang bercanggah dengan Islam dan memulaukan mualaf. Kajian ini diharapkan sebagai pendedahan kepada pihak bertanggungjawab untuk membantu mualaf dalam isu kekeluargaan berkaitan upacara kematian.

Item Type:Article
Keywords:Interaksi; Upacara; Kematian; Mualaf India
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19391
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2022 04:32
Last Modified:17 Aug 2022 07:02

Repository Staff Only: item control page