Azlin Alisa Ahmad, and Khairul Fatihin, (2019) Prospek aplikasi modal teroka Islam dalam koperasi di Malaysia : satu tinjauan literatur. Journal of Contemporary Islamic Law, 4 (2). pp. 22-33. ISSN 0127-788X
|
PDF
601kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2019-42/
Abstract
Modal teroka terbukti memberikan kesan positif kepada perkembangan ekonomi negara kelas pertama. Namun di Malaysia, aplikasi modal teroka masih ketinggalan berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Artikel ini mengkaji alternatif lain bagi aplikasi modal teroka Islam selain dari aplikasi sedia ada melalui syarikat modal teroka dan syarikat pengurusan modal teroka. Kajian ini akan melihat apakah prospek yang terdapat dalam koperasi koperasi di Malaysia bagi aplikasi Modal teroka Islam. Teori Pretorius & Schutte digunakan sebagai rujukan di mana konsep koperasi primer dan koperasi sekunder diperkenalkan. Prospek ini juga dapat diteliti dengan melihat lanskap sedia ada koperasi – koperasi di Malaysia. Terdapat dua pilihan bagi aplikasi kepatuhan Syariah dalam aplikasi modal teroka Islam sama ada menggunakan konsep sedia ada yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ataupun melalui pilihan lain selain dari yang ditetapkan oleh SKM. Metode yang digunakan adalah analisis kandungan. Akhirnya, kajian mendapati terdapat peluang yang besar bagi aplikasi modal teroka Islam dalam koperasi di Malaysia. Kajian juga melihat terdapat persoalan persoalan penting yang perlu dirungkai bagi aplikasi modal teroka Islam di dalam koperasi di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Prospek; Modal teroka; Koperasi; Koperasi primer; Koperasi sekunder |
Journal: | Journal of Contemporary Islamic Law |
ID Code: | 19393 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Aug 2022 06:18 |
Last Modified: | 17 Aug 2022 07:06 |
Repository Staff Only: item control page