Kedudukan dan implikasi Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan ke arah memartabatkan kedaulatan Islam

Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, and Ahmad Dahlan Salleh, and Mohammad Zaini Yahaya, and Muhammad Adib Samsudin, (2019) Kedudukan dan implikasi Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan ke arah memartabatkan kedaulatan Islam. Journal of Contemporary Islamic Law, 4 (2). pp. 34-45. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
383kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2019-42/

Abstract

Islam bukan sekadar agama ritual, tetapi ia merupakan al-din iaitu satu sistem yang lengkap, berimbang dan menyeluruh dalam menyusun segenap aspek kehidupan. Dalam menelusuri hakikat ini, Tanah Melayu sejak sekian lama telah memperjuangkan ketinggian Islam sehingga akhirnya ia didaulatkan pada Bahagian I di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (PP). Malangnya, sekalipun peruntukan tersebut sudah jelas dikanunkan, namun masih mendapat pentafsiran berbeza sehingga memberi implikasi yang berlainan daripada tujuan sebenar pemaktubannya. Malah, keputusan mahkamah yang membabitkan Perkara 3(1) PP juga setakat ini hanya membantu sedikit sahaja, kecuali dalam beberapa keputusan mahkamah yang mutakhir. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menilai kedudukan dan implikasi Perkara 3(1) PP dengan cara membebaskan tafsiran sempit di bawah belenggu penjajah kepada tafsiran yang jelas sebagaimana ia dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan bersesuaian dengan keluasan konsep Islam yang komprehensif dalam mencakupi seluruh aspek kehidupan sekali-gus mengangkat unsur-unsur tradisi Tanah Melayu yang telah sekian lama mendaulatkan Islam sebagai agama negeri-negeri. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian analisis kandungan dimanfaatkan dengan merujuk kepada kajian kepustakaan melalui analisis dokumen yang kemudiannya data-data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasilnya, Perkara 3(1) PP jelas menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar menjadi agama untuk upacara-upacara keraian atau upacara rasmi sahaja, tetapi Islam menjadi agama negara dan seterusnya hendaklah berpengaruh dalam membentuk polisi pentadbiran dan hala tuju negara. Implikasi pengesahan Islam sebagai agama Persekutuan dan penafian pemisahan antara agama Islam dan pentadbiran negara juga telah menuntut anjakan hijrah minda supaya kedaulatan Islam sebagai agama negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dapat diimplimentasikan secara menyeluruh selaras dengan tuntutan Islam yang sebenar.

Item Type:Article
Keywords:Agama Persekutuan; Sekular; Suruhanjaya Reid; Adat istiadat agama; Ketertinggian Perlembagaan
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19394
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2022 06:26
Last Modified:17 Aug 2022 07:08

Repository Staff Only: item control page