Analisis syariah terhadap kedudukan Bitcoin sebagai alat pembayaran

Muhammad Amir Husairi Che Rani, and Ahmad Dahlan Salleh, (2019) Analisis syariah terhadap kedudukan Bitcoin sebagai alat pembayaran. Journal of Contemporary Islamic Law, 4 (2). pp. 46-64. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
642kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2019-42/

Abstract

Bitcoin merupakan mata wang maya yang sangat popular dan memiliki kedudukan tertinggi berbanding mata wang kripto lain. Muncul sebagai mata wang disentralisasi dalam fokus mengubah sistem monetari dunia, bitcoin berhadapan dengan kekangan legitimasi, ketiadaan regulasi dan menjadi alat pembayaran yang paling ideal untuk aktiviti pelanggaran undang-undang. Secara umumnya, artikel ini akan memfokuskan perbincangan tentang mekanisme operasi bitcoin serta relevansi bitcoin dalam berfungsi sebagai medium pertukaran, alat pengukur nilai dan alat penyimpan nilai menurut perspektif Shariah. Selain itu, kertas ini menyenaraikan beberapa fatwa dan pandangan ilmuan Islam berkaitan status bitcoin menurut syariah dan melakukan analisis terhadap unsur gharar dan riba bagi menentukan status bitcoin sebagai alat pembayaran dalam akad jual beli menurut perspektif syariah. Hasil perbincangan ini menjelaskan hujah dan sebab serta hukum penggunaan bitcoin sebagai alat pembayaran menurut Shariah.

Item Type:Article
Keywords:Bitcoin; Fungsi wang; Fatwa; Akad jual beli; Gharar dan riba
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19395
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2022 06:37
Last Modified:17 Aug 2022 07:09

Repository Staff Only: item control page