Maklumat Covid-19 dan persepsi pengguna

Safwan Aqil Zin Amri, and Norain Mod Asri, (2022) Maklumat Covid-19 dan persepsi pengguna. Jurnal Ekonomi Malaysia, 56 (1). pp. 107-121. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
831kB

Official URL: https://www.ukm.my/jem/issue/v56i1/

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap maklumat Covid-19 yang disebarkan oleh agensi kerajaan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis faktor terhadap 634 sampel pengguna di Lembah Klang, Malaysia. Didapati pengguna kerap menggunakan maklumat Covid-19 yang disebarkan oleh agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan Covid-19, terutama menerusi media sosial iaitu Telegram, Facebook dan Twitter. Tindakan agensi kerajaan terbabit yang segera menafikan berita palsu terbukti dapat meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap maklumat yang diberikan. Di samping itu, maklumat Covid-19 yang disebarkan oleh agensi kerajaan terbabit juga telah berjaya mempengaruhi gelagat masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Namun, maklumat bergambar dilihat lebih difahami berbanding bentuk maklumat yang lain. Justeru, maklumat Covid-19 wajar disebarkan oleh agensi kerajaan memandangkan ia perlu digunakan oleh semua ahli masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Kerajaan; Covid-19; Analisis faktor; Media sosial; Lembah Klang; Persepsi pengguna
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:19403
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Aug 2022 03:45
Last Modified:18 Aug 2022 07:19

Repository Staff Only: item control page