Impak mata pelajaran umum dari kaca mata Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Nor Azlina Endut, and Rohaini Amin, and Ayu Nor Azilah Mohamad, and Hairol Anuar Mak Din, (2019) Impak mata pelajaran umum dari kaca mata Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (2). pp. 1-18. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
809kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1174

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang impak Mata Pelajaran Umum (MPU) yang dilihat dari kaca mata para pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). KUIS merupakan institusi pengajian tinggi swasta yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, KUIS juga patuh kepada badan Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan menawarkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Mata Pelajaran Pengajian Umum kepada para pelajar. Metodologi kajian menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan edaran borang soal selidik kepada para pelajar untuk melihat impak pelaksanaan MPU di KUIS. Dapatan kajian mendapati bahawa para pelajar memberi maklumbalas yang baik kepada tenaga pengajar subjek Pengajian Malaysia 2, Hubungan Etnik dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu MPU kelompok U1. Ini menjelaskan bahawa penawaran MPU berupaya memberi impak positif kepada para pelajar daripada aspek tamadun, hubungan pemajmukan dan negara Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Impak; Mata pelajaran umum; KUIS
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19410
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Aug 2022 07:15
Last Modified:18 Aug 2022 07:37

Repository Staff Only: item control page