Kekangan bunyi urutan vokal konsonan dalam dialek Kelantan : analisis teori optimaliti

Zurina Abdulah, and Ajid Che Kob, (2019) Kekangan bunyi urutan vokal konsonan dalam dialek Kelantan : analisis teori optimaliti. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (2). pp. 1-11. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
346kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1174

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perilaku fonologi terhadap perubahan bunyi urutan vokal konsonan likuida /al/ dan /ul/ serta urutan vokal konsonan geseran /as/ dan /us/ pada posisi akhir kata dalam dialek Kelantan. Bagi menganalisis data, kajian ini membandingkan data dialek Kelantan dengan data dialek Johor yang dianggap sebagai bahasa standard. Bagi menyelesaikan masalah ini, Teori Optimaliti yang diasaskan oleh Prince & Smolensky (1993) dan McCarthy & Prince (1993a&b) telah diterapkan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa setiap dialek mempunyai kekangan yang sama. Namun, susunan tatatingkat bagi setiap dialek adalah berbeza antara satu sama lain.

Item Type:Article
Keywords:Teori optimaliti; Dialek Kelantan; Perilaku fonologi; Tatatingkat kekangan; Bunyi geseran dan likuida
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19412
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Aug 2022 07:26
Last Modified:18 Aug 2022 07:39

Repository Staff Only: item control page