Lakuan tuturan ilokusi dan perlokusi dalam penamaan Wifi : satu pemerhatian

Norhasliza Ramli, and Norfazila Ab. Hamid, and Riduan Makhtar, (2019) Lakuan tuturan ilokusi dan perlokusi dalam penamaan Wifi : satu pemerhatian. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (2). pp. 1-9. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
464kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1174

Abstract

Bahasa yang dipersembah oleh manusia ketika berkomunikasi sama ada bertulis atau secara lisan mempunyai makna yang tersendiri. Ia lahir daripada hasrat penutur yang ada kaitannya dengan apa yang berlaku dengan dunia di persekitaran yang dekat dengan penutur. Setiap ujaran atau tuturan ilokusi tersebut mempunyai fungsinya yang diharapkan oleh penutur agar kehendak atau hajatnya dapat difahami khususnya oleh orang yang rapat dengan penutur tersebut. Dengan menggunakan Wifi sebagai medium kajian, penulis membuat pemerhatian kepada nama-nama Wifi yang muncul di telefon bimbit penulis. Hasilnya, penulis mendapati bahawa ujaran ilokusi pada nama-nama Wifi membawa fungsi-fungsi untuk beramah-tamah, bersaingan, kolaboratif, berkonflik sebagainya. Fungsi komunikatif ini ada kaitannya dengan hajat penutur itu sendiri yang mahu mengisytiharkan apa yang dirasai atau berkongsi momen yang sedang dilaluinya.

Item Type:Article
Keywords:Lakuan tuturan; Ilokusi; Perlokusi; Wifi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19416
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Aug 2022 08:00
Last Modified:18 Aug 2022 07:49

Repository Staff Only: item control page