Menangani masalah kelahiran anak tak sah taraf di Malaysia : peranan perundangan jenayah syariah dalam masyarakat

Azizah Mat Rashid, and Noor Aziah Mohd Awal, and Ahmad ‘Azam Mohd Shariff, and Nor ‘Adha Abd Hamid, and Tg. Noor Azira Tg. Zainudin, (2019) Menangani masalah kelahiran anak tak sah taraf di Malaysia : peranan perundangan jenayah syariah dalam masyarakat. AKADEMIKA, 89 (2(SI)). pp. 5-16. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
264kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199

Abstract

Statistik kelahiran anak tak sah taraf yang tinggi di Malaysia membuktikan masyarakat sedang mengalami krisis keruntuhan moral yang sangat meruncing. Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang menekankan tentang kemuliaan nasab dan keturunan dalam kehidupan berkeluarga. Artikel ini bertujuan menganalisis prinsip dan pengaplikasian syariah berkaitan anak tak sah taraf. Dalam penganalisisan tersebut, beberapa sorotan literatur dilakukan berkaitan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah dalam menangani masalah kelahiran anak tak sah taraf. Seterusnya artikel ini akan mengenalpasti permasalahan berkaitan kelahiran anak tak sah taraf dan mencadangkan beberapa saranan sebagai penyelesaian. Kajian yang digunapakai dalam artikel ini menggunapakai kerangka kajian perundangan tulin berbentuk kualitatif di mana metod kajian perpustakaan diaplikasikan bagi tujuan pengumpulan data. Data yang diperolehi dari penulisan tesis, artikel jurnal, buku-buku, laporan akhbar serta sumber-sumber rujukan umum lain dianalisis secara kritis. Analisis kritis turut dilakukan terhadap dokumen-dokumen kajian lepas berkaitan isu anak tak sah taraf dan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah. Artikel ini turut mengutarakan pandangan bahawa satu kajian mendalam yang lebih kritis dan komprehensif perlu dilakukan sebagai sumbangan kepada korpus akademik khususnya bagi menambah khazanah ilmu perundangan jenayah syariah berteraskan kepentingan memelihara maqasid syariah. Langkah tersebut juga merupakan suatu usaha ke arah memastikan agar perundangan jenayah syariah di negara ini mampu membendung permasalahan kelahiran anak tak sah taraf dalam masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Anak tak sah taraf; Jenayah syariah; Penguatkuasaan; Moral; Maqasid syariah
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19433
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2022 04:42
Last Modified:19 Aug 2022 01:24

Repository Staff Only: item control page