Bab Buruh dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : kesan kepada perundangan buruh Malaysia

Muhammad Faliq Abd Razak, and Kamal Halili Hassan, (2019) Bab Buruh dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : kesan kepada perundangan buruh Malaysia. AKADEMIKA, 89 (2(SI)). pp. 17-29. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199

Abstract

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan satu perjanjian perdagangan baru yang dilihat sebagai perjanjian ulung hasil daripada rundingan lebih sedekad. Perjanjian ini juga perjanjian yang amat sensasi disebabkan perubahan dan pergerakan baru dunia perdagangan yang dipimpin oleh Amerika Syarikat. Perjanjian yang dilihat sebagai perjanjian perdangangan yang terulung dalam dunia perdagangan abad ke-21 ini bakal membawa perubahan besar kepada negara dalam pelbagai sektor khususnya perdagangan dan ekonomi. Perjanjian perdagangan ini bukan sahaja menyentuh isu perdagangan tetapi turut menyentuh banyak aspek lain seperti piawaian buruh, alam sekitar dan harta intelek. TPPA memberi impak secara langsung kepada undang-undang buruh di Malaysia dalam menepati Bab Buruh seperti yang diperuntukkan di bawah TPPA. Adakah Malaysia perlu mengekalkan sistem buruh sedia adadengan sedikit pindaan ataupun perlu kepada transformasibesar bagi merealisasikan keberkesanan TPPA? Metodologi kajian yang digunakan adalah analisis teori berdasarkan data yang diterbitkan secara sumber primer dan sekunder. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis implikasi perundangan buruh di Malaysiasetelah Malaysiamenandatangani TPPA yang turut disertai oleh 11 buah negara lain. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa beberapa undang-undang buruh di Malaysia perlu dipinda sebagai memenuhi obligasi pematuhan kepada piawaian buruh antarabangsa seperti yang ditetapkan di bawah TPPA.

Item Type:Article
Keywords:Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA); Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO); Piawaian buruh antarabangsa; Undang-undang buruh; Malaysia
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19434
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2022 06:32
Last Modified:19 Aug 2022 01:27

Repository Staff Only: item control page