Gangguan selingkuh dalam kalangan pekerja: satu cabaran pelaksanaan perundangan di Asean

Haerani Mustari, and Rohani Abdul Rahim, and Farhana Abd Samad, (2019) Gangguan selingkuh dalam kalangan pekerja: satu cabaran pelaksanaan perundangan di Asean. AKADEMIKA, 89 (2(SI)). pp. 31-40. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
249kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199

Abstract

Pekerja mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap negara dan masyarakat. Mereka di harapkan menyumbang tenaga dan kepakaran untuk memajukan negara dan perlu menjadi contoh dalam masyarakat untuk bertingkah laku baik, mempunyai kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang. Dalam konteks perkahwinan, Artikel 16, Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (resolution 34/180 of 18 December 1979) memperuntukkan (a) Wanita di berikan hak yang sama untuk memasuki perkahwinan (Artikel 16 (a)); bebas berkahwin dengan memberi kebebasan dan kerelaan sepenuh daripadanya (Artikel 16 (b)) dan (c) memiliki hak dan tanggungjawab yang sama semasa dalam perkahwinan dan penceraian. Dengan itu, setiap pasangan berkahwin berhak menikmati suatu kehidupan bekeluarga yang bahagia dan bebas daripada apa-apa gangguan yang boleh mengancam keluarganya.Selingkuh menurut pandangan orang awam adalah tingkah laku yang tidak jujur dalam menjalani kehidupan berkeluarga.Kajian menggunakan metodologi kajian kualitatif perundangan dan menganalisis secara diskriptif berdasarkan data yang di perolehi daripada sumber literatur dalam bidang kajian kekeluargaan, gender dan perundangan.Dalam konteks penulisan kertas kerja ini, tumpuan perbincangan kepada konteks perundangan Indonesia. Perlakuan selingkuh di tafsirkan dalam Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) sebagai satu kesalahan moral (jenayah kesusilaan) yang melanggar keamanan awam. Kertas kerja ini mengkaji antaranya (a) perspektif (pendefinisian) dan permasalahan selingkuh di Indonesia (b) pelbagai perundangan berkaitan anti-gangguan selingkuh dan aplikasi nya yang melibatkan pekerja awam; (c) permasalahan dalam penguatkuasaan perundangan berkaitan dan akhirnya, (d) mencadangkan penyelesaian kepada gangguan selingkuh di tempat kerja.

Item Type:Article
Keywords:Perundangan; Gangguan seligkuh; Cabaran; Pekerja; Wanita
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19435
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2022 06:39
Last Modified:19 Aug 2022 01:28

Repository Staff Only: item control page