Model perkembangan undang-undang buruh Australia : panduan untuk Malaysia

Nazruzila Razniza Mohd Nadzri, and Kamal Halili Hassan, (2019) Model perkembangan undang-undang buruh Australia : panduan untuk Malaysia. AKADEMIKA, 89 (2(SI)). pp. 53-64. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
278kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199

Abstract

Salah satu matlamat pembangunan mampan (Sustainable Development Goals (SDGs)) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah berkaitan dengan keperluan kepada pekerjaan yang berkualiti atau harmoni bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Memandangkan pekerjaan bukan standard telah menjadi suatu kelas perhubungan majikan-pekerja yang kian popular, kepentingan kumpulan pekerja yang terlibat perlu dilindungi sewajarnya. Pekerjaan bukan standard bukanlah kelas perhubungan majikan-pekerja yang baru di dalam konteks undang-undang buruh dan sumber manusia kerana telah menjadi topik kajian oleh ramai penyelidik di Eropah terutamanya seawal 1980an. Antara sifat-sifat signifikan pekerjaan bukan standard adalah seperti tempoh hubungan pekerjaan yang terbatas, jawatan tidak tetap atau sementara, status separa masa atau kasual dan juga aturan kerja yang fleksibel. Bagi negara seperti Australia, selari dengan perkembangan pesat bentuk pekerjaan bukan standard, undang-undang pekerjaan juga mengalami perubahan yang konsisten supaya menepati keperluan kumpulan pekerja sebegini. Artikel ini bertujuan untuk meninjau transformasi undang-undang pekerjaan di Australia secara umum dan meneliti secara khusus isu undang-undang yang berkaitan dengan kepentingan pekerja bukan standard. Mengambil kira kerangka undang-undang pekerjaan Australia dalam tempoh empat dekad terakhir bermula 1990an hingga masa kini, literatur yang berkaitan akan dikaji. Penulis juga meninjau latarbelakang perkembangan pekerjaan bukan standard di dalam industri pekerjaan di Australia dan akhir sekali, menawarkan secara ringkas aspek-aspek yang boleh dipertimbangkan dan diteladani oleh sistem undang-undang pekerjaan Malaysia dalam merangka penambahbaikannyapada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Pekerjaan bukan standard; Undang-undang pekerjaan; Hubungan majikan-pekerja; Kerja harmoni; Perlindungan pekerja
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19437
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2022 06:53
Last Modified:19 Aug 2022 01:31

Repository Staff Only: item control page