Kajian keberkesanan undang-undang faraid di Malaysia

Suhaimi Ab Rahman, and Rasyikah Md Khalid, and Abu Bakar Jaafar, (2019) Kajian keberkesanan undang-undang faraid di Malaysia. AKADEMIKA, 89 (2(SI)). pp. 77-91. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
585kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199

Abstract

Undang-undang pentadbiran harta pusaka Islam atau faraid yang sedia ada di Malaysia adalah gabungan di antara undang-undang sivil dan hukum Syarak. Walaupun undang-undang ini telah diamalkan berabad lamanya namun ianya memerlukan penelitian semula, memandangkan terdapat beberapa isu-isu yang membabitkan sistem pengurusan dan pentadbiran pusaka yang masih kabur, tidak jelas dan mengelirukan. Malahan masih ramai orang Islam yang tertanya-tanya apakah proses penyelesaian pusaka yang sebenarnya, yang mudah dan berkesan, serta siapakah yang sebenarnya terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka. Ini kerana terdapat empat agensi yang terlibat iaitu Amanah Raya Berhad, Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah. Sehubungan dengan itu keperluan kepada sistem yang berkesan amat mendesak supaya keadilan dalam keluarga dan masyarakat dapat ditegakkan. Kajian ini melibatkan analisa undang-undang pentadbiran faraid di Malaysia dan kajian lapangan mengenai keberkesanan undang-undang dalam memastikan pentadbiran harta pusaka orang Islam yang berkesan. Dapatan kajian antara lain merumuskan bahawa Akta Pusaka Kecil 1955 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959 perlu disemak dan dipinda semula untuk memperkemaskan pengurusan dan pentadbiran faraid dan penubuhan mahkamah pusaka atau satu pusat sehenti yang mengurus dan mentadbir harta pusaka orang Islam. Sekiranya undang-undang berkesan dan memudahkan masyarakat, keadilan dapat ditegakkan dan orang Islam akan mendapat faedah yang begitu banyak termasuk faedah sosial dan ekonomi di mana ahli keluarga akan reda dengan hak mereka disamping dapat mengunakan harta yang diperolehi untuk keperluan ekonomi.

Item Type:Article
Keywords:Undang-undang sivil; Harta pusaka; Hukum syarak; Ekonomi; Sosial
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19439
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2022 07:08
Last Modified:19 Aug 2022 01:33

Repository Staff Only: item control page