Kajian undang-undang tadbir urus universiti bagi pembangunan masyarakat Malaysia

Suharmi Ismail, and Nurulhuda Adabiah Mustafa, and Faridah Jalil, (2019) Kajian undang-undang tadbir urus universiti bagi pembangunan masyarakat Malaysia. AKADEMIKA, 89 (2(SI)). pp. 93-103. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
258kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199

Abstract

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] merupakan akta utama yang mengawal selia penubuhan universiti-universiti awam di Malaysia sejak tahun 1971. Sebelum berkuatkuasanya Akta 30, universiti tunggal di Persekutuan Tanah Melayu iaitu Universiti Malaya di kawal oleh Akta Universiti Malaya 1961 [Akta No. 44/1961] dan Ordinan No. 74 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971 [Ordinan 74]. Kajian ini bertujuan meneliti tadbir urus universiti di bawah tiga kerangka akta berbeza dan seterusnya memberi cadangan penambahbaikan. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunapakai kaedah kajian perundangan dengan reka bentuk sejarah perundangan dan perbandingan melalui pendekatan kajian perpustakaan. Dapatan menunjukkan bahawameskipun pindaan Akta 30 tahun 1996 bertujuan menjadikan tadbir urus universiti bertambah efisien menerusi pengkorporatan universiti, namun, reformasi yang dilaksanakan bukan sahaja tidak dapat mengembalikan autonomi kepada universiti bahkan telah meningkatkan kawalan kerajaan ke atas universiti. Kajian ini akan membolehkan masyarakat, mahasiswa, ahli akademik, pentadbir dan penggubal dasar memahamikerangka perundangan yang mengawal selia tadbir urus universiti awam daritahun 1961 sehingga 1996 dan kesannya kepada masyarakat dan negara. Kajian ini mencadangkan bahawa jika kerajaan benar-benar serius ingin mengembalikan autonomi kepada universiti, Akta 30 perlu dipinda menggunakan Akta No. 44/1961 dan kerangka perundangan universiti luar negara sebagai penanda aras.

Item Type:Article
Keywords:Tadbir urus universiti; Autonomi; Pengkorporatan; Pelajar; Pembangunan masyarakat
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19440
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2022 07:14
Last Modified:19 Aug 2022 01:34

Repository Staff Only: item control page