Kebolehterimaan keterangan forensik dari perspektif maqāsid syariah

Syazwan Mohd. Yusof, and Ramalinggam Rajamanickam, and Asma Hakimah Ab. Halim, (2019) Kebolehterimaan keterangan forensik dari perspektif maqāsid syariah. AKADEMIKA, 89 (2(SI)). pp. 117-127. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
266kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199

Abstract

Penggunaan qārinah sebagai satu kaedah keterangan dalam Islam tidak dapat dinafikan lagi. Pada zaman sains dan teknologi ini, salah satu bentuk qārinah yang popular di mahkamah ialah keterangan forensik. Keterangan ini lahir daripada penggunaan kaedah-kaedah dan teknik-teknik saintifik oleh pakar. Sehubungan dengan itu, persoalan sering timbul di mahkamah syariah berkaitan dengan pematuhan keterangan forensik ini dari sudut fiqh dan maqāsid syariah.Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan keterangan forensik dari sudut fiqhdi samping menganalisis kedudukan keterangan forensik yang boleh diterima di mahkamah syariah berpandukan maqasid syariah. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah penyelidikan secara kualitatif digunakan. Pengumpulan data dilakukan dengan dua kaedah, iaitu kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Artikel ini mendapati bahawa keterangan forensik merupakan satu bentuk keterangan bersandarkan keadaan atau dikenali sebagai qārinahdalam Islam. Islam menerima qārinah sebagai satu bentuk pembuktian dalam perundangan Islam yang diiktiraf oleh syarak. Selain itu, artkel ini juga mendapati bahawa keterangan forensik sememangnya boleh diterima sebagai satu bentuk keterangan di mahkamah syariah dari sudut fiqh dan maqāsid syariah.Oleh itu, keterangan forensik harus diterima oleh mahkamah syariah sebagai satu bentuk pembuktian dalam zaman moden ini kerana kedudukannya diiktiraf di sisi Islam dan ia dapat membantu dalam pentadbiran keadilan.

Item Type:Article
Keywords:Keterangan forensik; Fiqh, Maqāsid syariah; Qārinah; Mahkamah syariah
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19442
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2022 07:35
Last Modified:19 Aug 2022 01:36

Repository Staff Only: item control page