Kestabilan kewangan liga sukan profesional : analisis perundangan terhadap peraturan dan amalan liga sukan profesional

Wan Syazana Akmal Wan Roslan, and Jady @ Zaidi Bin Hassim, (2019) Kestabilan kewangan liga sukan profesional : analisis perundangan terhadap peraturan dan amalan liga sukan profesional. AKADEMIKA, 89 (2(SI)). pp. 129-142. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
332kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199

Abstract

Penganjuran liga sukan yang profesional dan berprestij merupakan salah satu usaha meningkatkan hubungan sosial dalam masyarakat dan pembangunan ekonomi bagi sesebuah negara. Pengekalan elemen ‘keseimbangan persaingan’ merupakan asas utama bagi mewujudkan sebuah liga sukan profesional yang mempunyai nilai kompetitif, berdaya saing dan berkemampuan adalah penting demi menarik minat penglibatan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Makalah ini bertujuan untuk, pertama, meneliti dan menilai peraturan dan amalan sedia ada oleh pengurusan liga sukan profesional berkenaan samaada ianya bersifat antipersaingan atau propersaingan; dan kedua, mengemukakan cadangan penambahbaikan ke atas peraturan-peraturan tersebut, supaya ianya selari dengan matlamat menjadikan liga sukan profesional yang berprestij dan memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya yang terlibat langsung dalam industri sukan, dan pembangunan ekonomi negara. Penyelidikan ini bersifat kualitatif menggunakan pendekatan analisis perundangan. Analisis berkenaan larangan perlakuan antipersaingan sebagaimana yang terkandung dalam Akta Persaingan 2010 dijalankan terhadap peraturan dan amalan penjualan hak penyiaran yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Profesional Malaysia (FAM). Dapatan menunjukkan bahawa kewujudan sebarang pelanggaran larangan perlakuan antipersaingan dalam penetapan peraturan dan amalan penjualan hak penyiaran liga sukan menjadi faktor kepada kegagalan dalam mengekalkan elemen ‘keseimbangan persaingan’ bagi sesebuah liga sukan. Hal ini akan melemahkan kelancaran sumber pendapatan liga sukan, mengganggu kestabilan kewangan liga sukan dan akhirnya memberi implikasi negatif kepada pihak berkepentingan liga sukan profesional serta industri sukan itu sendiri.

Item Type:Article
Keywords:Antipersaingan; Propersaingan; Keseimbangan persaingan; Kestabilan kewangan; Liga sukan profesional
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19443
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2022 07:47
Last Modified:19 Aug 2022 01:37

Repository Staff Only: item control page