Arahan Do Not Resuscitate (DNR) dalam sektor kesihatan dari perspektif undang-undang

Mohd Zamre Mohd Zahir, and Tengku Noor Azira Tengku Zainudin, and Ramalinggam Rajamanickam, and Zainunnisaa Abd. Rahman, (2019) Arahan Do Not Resuscitate (DNR) dalam sektor kesihatan dari perspektif undang-undang. AKADEMIKA, 89 (2(SI)). pp. 143-154. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
277kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199

Abstract

Pesakit mempunyai hak untuk membuat keputusan berhubung penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan untuk dirinya. Tiada individu lain boleh membuat APA-APA keputusan berhubung dengan rawatan jika pesakit tersebut masih berkeupayaan untuk membuat keputusan. Pesakit juga boleh membuat suatu arahan untuk tidak meneruskan rawatan atau menerima APA-APA campur tangan perubatan untuk dirinya. Arahan Perubatan Awal (APA) (turut disebut sebagai Arahan Awal Perubatan) ialah dokumen yang mengandungi hasrat pesakit berhubung rawatan perubatannya, dibuat semasa pesakit masih berkeupayaan membuat keputusan. Terdapat sejenis arahan dalam skop APA yang secara khusus membenarkan pesakit untuk menolak bantuan pernafasan (Cardiopulmonary Resuscitation) (CPR). Arahan tersebut dikenali sebagai Larangan Resusitasi (Do Not Resuscitate) (DNR). Walau bagaimanapun, arahan tersebut bukanlah amalan yang biasa kerana berkemungkinan bercanggah dengan kewajipan doktor untuk memberikan rawatan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Persoalan penting ialah sama ada pesakit dibenarkan di sisi undang-undang untuk membuat suatu arahan DNR. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis undang-undang semasa berhubung hak pesakit dari perspektif arahan DNR. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dalam meneroka isu-isu yang berhubung dengan DNR. Didapati bahawa DNR suatu cara untuk melindungi autonomi pesakit. Dari segi amalan dalam sektor kesihatan, perlu ada garis panduan dan peruntukan undang-undang yang jelas berhubung denganarahan DNR. Hal ini penting demi melindungi autonomi pesakit di samping menjaga hubungan baik antara doktor dengan pesakit. Kesihatan merupakan suatu hak asas yang perlu dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Larangan Resusitasi (Do Not Resuscitate) (DNR); Arahan Perubatan Awal (APA); Keizinan rawatan perubatan; Autonomi pesakit; Etika perubatan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:19445
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Aug 2022 07:53
Last Modified:19 Aug 2022 01:38

Repository Staff Only: item control page