Nur Ain Shahida Alias, and Noremy Md Akhir, (2022) Strategi daya tindak dalam menangani isu pengangguran dalam kalangan graduan IPTA yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (1). pp. 1-10. ISSN 2600-9501
|
PDF
217kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...
Abstract
Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini telah meningkatkan lagi bilangan penganggur di Malaysia. Lambakan graduan yang cemerlang baik daripada keluaran institut pengajian tinggi mahupun lepasan sekolah telah memenuhi sektor pencarian pekerjaan namun bilangan pekerjaan yang ditawarkan adalah terhad. Tambahan lagi, apabila berlakunya pandemik COVID-19, graduan baharu khususnya sukar mendapatkan peluang pekerjaan kerana bimbang akan penularan wabak ini. Kajian ini telah membincangkan mengenai strategi daya tindak yang digunakan bagi mengatasi isu ini. Kajian ini dijalankan secara atas talian dan memfokuskan kepada graduan IPTA sahaja. Metodologi kajian ini adalah kaedah kualitatif. Bilangan informan yang terlibat adalah seramai tujuh orang dan kesemua informan merupakan graduan IPTA yang berusia sekitar 23 tahun hingga 26 tahun. Kajian ini telah mengenalpasti empat strategi daya tindak yang digunakan oleh graduan iaitu meningkatkan kemahiran dan tambah nilai diri, mencipta peluang pekerjaan baharu, tidak memilih pekerjaan dan mempromosikan diri. Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu memperkembangkan lagi sektor pendidikan kerja sosial dengan mewujudkan kefahaman yang lebih luas terhadap isu pengangguran ini. Pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak berkepentingan agar isu pengangguran dapat dibendung dan secara tidak langsung mengurangkan jurang kemiskinan dalam kalangan masyarakat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengangguran; Graduan; Strategi daya tindak; Cabaran; Pandemik COVID-19 |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 19453 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Aug 2022 03:03 |
Last Modified: | 22 Aug 2022 01:42 |
Repository Staff Only: item control page